Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

KEMUSYKILAN AGAMA

Cukup tuntut ilmu agama di alam maya saja?

Mar 06, 2020 | 05:30 AM



SOALAN: Apakah pandangan ustaz tentang keperluan menuntut ilmu agama dengan hadir di majlis ilmu dan belajar di alam maya, manakah yang utama?



JAWAPAN USTAZ MOHAMAD NASRULLAH REFA'IE MOHAMAD REFA'IE:



Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan yang diperintahkan oleh agama kita.



Ilmu ibarat kompas kehidupan yang digunakan untuk mengetahui arah tujuan kita.



Dengan ilmu, kita dapat mencari jawapan bagi soalan yang asas seperti, dari mana kita datang?



Mengapa kita berada di dunia ini? Dan ke manakah kita akan tuju selepas ini?



Pada zaman ini, terdapat pelbagai kaedah dan wadah yang tersedia untuk menuntut ilmu.



Wadah seperti YouTube mahupun laman Internet yang mengandungi artikel atau perbincangan ilmiah sering dijadikan sebagai tempat rujukan untuk mengetahui sesuatu.



Bagi seorang Muslim, adakah kaedah dan wadah menuntut ilmu sebegini sesuai, khususnya dalam menuntut ilmu agama?



Atau haruskah seorang Muslim itu menggunakan kaedah tradisional iaitu menghadiri majlis ilmu bersama guru dalam usahanya menuntut ilmu?



Majlis ilmu secara bersemuka atau dikenali dengan sesi 'face to face', masih lagi diteruskan hingga kini dan merupakan cara atau pendekatan yang menjadi pilihan ramai, khususnya di kalangan generasi emas.



Ini bukan bererti cara atau pendekatan sebegini sudah usang atau tidak berkesan.



Malah, kebanyakan institusi pendidikan masih lagi menitikberatkan dan menggunakan cara ini.



Buktinya, pendidikan di Singapura menggabungkan di antara pembelajaran menerusi kaedah dalam talian atau 'e-learning' dengan pembelajaran yang dikendalikan guru di dalam kelas.



Alam maya pula ialah platform yang diminati oleh golongan kanak-kanak dan remaja.



Jika kita lihat gaya kehidupan kita pada hari ini, ia terdedah dengan pelbagai jenis alat moden dan aplikasi seperti telefon bijak, YouTube, Facebook dan lain-lain lagi yang boleh digunakan dan diakses di mana sahaja, tidak kira masa dan tempat.



Kehidupan manusia yang penuh dengan aktiviti dan pekerjaan untuk pembangunan negara dan keperluan harian mereka secara tidak langsung telah membuatkan sebahagian daripada mereka berada di dalam alam maya lebih kerap kerana ia merupakan wadah yang sesuai dan berkesan bagi mereka memperolehi maklumat.



Alam maya telah menjadi dunia kedua bagi mereka kerana dengannya mereka dapat berinteraksi dengan individu lain.



Secara ringkas, majlis ilmu dan alam maya mempunyai cara tersendiri dalam menghidangkan sajian maklumat dan perkara yang bermanfaat, sesuai dengan naluri dan tuntutan dunia hari ini.



Bagaimanapun, dengan keadaan yang pesat perubahannya, dunia kekal meminta perkara yang asas kepada penghuninya walaupun keadaan kita berbeza iaitu, manusia itu perlu menuntut ilmu secara berterusan seperti yang disifatkan oleh Al-Imam As-Syafiee bahawa menuntut ilmu itu harus dilakukan sepanjang hayat.



Di antara perkara utama dalam belajar ataupun menuntut ilmu ialah memastikan seseorang itu belajar daripada seorang guru yang diiktiraf dan mempunyai kredibiliti di dalam apa yang diajarnya.



Seseorang penuntut ilmu juga harus dapat mengimbangi di antara menghadiri majlis ilmu dengan menggunakan platform alam maya untuk mencari ilmu.



Akhir sekali, perkara yang lebih penting adalah untuk sentiasa tekun dalam melakukan sesuatu perkara, lebih-lebih lagi dalam memastikan kasahihan sesuatu maklumat.



Sabda Rasululllah saw:



"Allah suka jika kamu melakukan sesuatu perkara, kamu melakukannya dengan tekun."




BIODATA



- Ustaz Mohamad Nasrullah Refa'ie Mohamad Refa'ie berusia 33 tahun merupakan guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.



- Beliau juga adalah Naib Ketua Jabatan Pembangunan Pelajar di Madrasah Aljunied Al-Islamiah. Selain itu beliau merupakan Pengasas dan Pengarah The Bustan Khat.



PENDIDIKAN:



- Diploma Spesialis dalam Pembelajaran dan Pengajaran Gunaan, Politeknik Republic.



- Diploma Pasca Sarjana dalam Pemikiran dan Ketamadunan Islam, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac).



- Sarjana Muda dalam Bahasa Arab dan Kesusasteraan Arab, Universiti Al-Azhar, Kahirah, Mesir.



- Pendidikan rendah, menengah dan prauniversiti di Madrasah Aljunied Al-Islamiah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >