Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Dalil papar martabat ulama

Jul 14, 2023 | 05:30 AM



Berikut beberapa dalil Al-Quran dan hadis Baginda saw yang dipetik daripada kitab Riyadhus Salihin karangan Imam An-Nawawi tentang keutamaan ulama:


1) Allah swt berfirman: “Katakanlah – wahai Muhammad, adakah sama orang-orang yang mengetahui dan orang-orang yang tidak mengetahui. Hanyasanya (Hanya) yang mengingat ialah orang-orang yang menggunakan fikirannya.” (Surah Az-Zumar, ayat 9).


2) Daripada Jabir ra bahawasanya Nabi saw mengumpulkan antara dua orang lelaki daripada golongan orang-orang yang terbunuh dalam perang Badar – yakni dikumpulkan dalam sebuah kubur – kemudian Baginda bertanya kepada sahabat-sahabatnya: “Manakah di antara dua orang ini yang lebih banyak hafalnya pada Al-Quran?”


Ketika Baginda saw diberi isyarat salah seorang daripadanya, maka yang dikatakan lebih banyak hafalannya itulah yang lebih didahulukan untuk dimasukkan dalam liang lahad.” (HR Bukhari).


3) Daripada Abu Musa ra, katanya: “Rasulullah saw bersabda: “Setengah daripada cara mengagungkan Allah swt ialah dengan jalan memuliakan orang Islam yang sudah beruban serta orang yang hafal Al-Quran yang tidak melampaui batas ketentuan dan tidak pula meninggalkan membacanya. Demikian pula memuliakan seorang sultan – penguasa pemerintahan yang adil.” (HR Abu Daud).


Dipetik daripada kitab Riyadhus Salihin karangan Imam An-Nawawi, Bab 44: Memuliakan Alim Ulama, Orang-orang Tua, Ahli Keutamaan Dan Mendahulukan Mereka Atas Lain-lainnya, Meninggikan Kedudukan Mereka Serta Menampakkan Martabat Mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >