Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Erti takwa, takdir dan tawakal dalam kehidupan seorang Muslim

Jan 19, 2024 | 05:30 AM



Apabila anda dibuang kerja, apakah anda akan membiarkan diri anda terjerumus dalam kesempitan dan menyalahkan takdir kerana mengalami nasib serupa itu? Atau anda akan bangkit berusaha mencari pekerjaan baru yang menawarkan rezeki yang halal dan berdoa kepada Allah swt agar hajat anda tercapai?


Jika anda ditimpa penyakit, apakah anda akan membiarkan diri anda menderita dalam kesakitan dan berkata “apa aku nak buat, memang aku ditakdirkan jatuh sakit”? Atau anda akan berikhtiar dengan bertemu doktor atau mencari ubat dengan penuh harapan agar anda dapat pulih semula?

Letakkan diri anda pula sebagai seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan, adakah anda akan belajar bersungguh-sungguh untuk lulus? Atau anda tidak mahu berbuat apa-apa kerana anda hanya akan berserah kepada takdir: kalau anda ditentukan lulus, maka luluslah; dan jika gagal, biarlah kerana anda menganggap semuanya sudah diputuskan.

“Dalam senario kehidupan biasa seperti inilah anda boleh dapatkan jawapan mengenai makna dan kaitan antara takwa, tawakal dengan takdir,” jelas pendakwah veteran, Ustaz Abdul Manaf Rahmat, yang juga ketua Jabatan Dakwah dan Ibadah Masjid Al-Taqua.

Takwa

“Takwa adalah teras dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim.

“Ia mengajar kita supaya menerima dengan reda apa yang Allah swt takdirkan ke atas kita setelah kita berusaha dan beriktiar dengan gigih untuk mengubah nasib, musibah atau apa juga bentuk cabaran yang kita hadapi.


“Setelah kita berusaha dan berikhtiar, barulah kita bertawakal dan serahkan kepada Allah swt untuk menentukan keputusan dan natijahnya – sama ada baik atau buruk.”


Tawakal

Tawakal pula, menurut Ustaz Muhammad Idris Rifaie, pegawai dakwah Masjid Yusof Ishak, adalah penyerahan segala perkara, ikhtiar, dan usaha yang telah dilakukan kepada Allah swt. Sifat ini akan datang dengan sendirinya jika iman seseorang telah kukuh.


“Menurut satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud: “Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, maka Allah akan memberi rezeki kalian sebagaimana Allah memberi rezeki kepada burung, pergi pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali dalam keadaan kenyang”.


Takdir

“Takdir pula adalah segala yang terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi yang telah ditetapkan oleh Allah swt sama ada yang baik atau buruk,” tambah Ustaz Muhammad Idris.


Ini, jelasnya, bertepatan dengan firman Allah swt “…Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku”. (Surah Al- Ahzab, ayat 38).


Mengaitkan hubungan antara takwa, takdir dan tawakal ini, beliau menambah bahawa seseorang yang bertakwa adalah mereka yang bertawakal kepada Allah dan reda akan segala ketentuan yang ditakdirkan kepadanya dengan kesedaran bahawa semuanya datang dari Allah swt.


“Sebagai hamba Allah, kita haruslah meningkatkan ketakwaan kita terlebih dahulu untuk mendapatkan hati yang murni agar dengan hati yang suci itu, kita dapat bertawakal dan bersangka baik terhadap segala ketentuan dan takdir Ilahi,” ujar beliau.

Ikhtiar dan doa

Ikhtiar, doa dan tawakal – inilah tiga kunci kejayaan dunia dan akhirat dalam Islam yang diajarkan Nabi Muhammad saw.


Menurut Ustaz Muhammad Idris, ketiga-tiga perkara ini mesti dikerjakan secara berurutan dan tidak boleh dipisahkan.

“Hubungan antara takdir, ikhtiar, doa dan tawakal saling terkait.

“Maksudnya, Allah swt sudah mentakdirkan sesuatu pada kita, namun kita tidak tahu apa takdir Allah pada kita itu kerana takdir termasuk antara rahsia Ilahi.


“Oleh itu, kita harus sentiasa berikhtiar dan berdoa dan menyerahkan hasilnya pada Allah swt,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >