Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Harmoni dalam masyarakat majmuk adalah rahmat Tuhan

Aug 25, 2023 | 05:30 AM



Mencapai dan mengekalkan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai adalah satu cabaran besar.

Bagi mencapainya, adalah penting untuk memupuk dan mewujudkan nilai-nilai hidup bersama sambil mengekalkan tradisi dan nilai diajar oleh Nabi Muhammad saw.


Dalam konteks Singapura, dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang, etnik, budaya, dan agama, adalah penting setiap individu dan masyarakat bekerjasama bagi mewujudkan kefahaman dan keharmonian antara satu sama lain.

Dalam Islam, terdapat panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad saw mengenai hidup bersama dalam masyarakat yang pelbagai. Antara nilai yang diajar Baginda ialah sayang-menyayangi, saling menghormati, dan berlaku adil.


Nilai-nilai itu penting dalam memastikan semua individu berasa dihargai dan dilindungi, walau apa jua latar belakang mereka.

Islam mendakap kepelbagaian dan mengajar umatnya cara hidup bersama secara harmoni dengan masyarakat lain.

Itulah keindahan agama Islam. Ia juga merupakan antara banyak rahmat yang Allah beri kepada manusia, kerana kepelbagaian menimbulkan penghargaan yang lebih jitu akan asal usul kita dan membolehkan pembangunan watak.

Sifat memahami antara satu dengan lain daripada pelbagai latar belakang dan gaya hidup juga memupuk rasa empati dalam diri manusia. Allah swt berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 13, bermaksud:


‘Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu.”


Ciri Inklusif keterangkuman

Memandangkan Singapura sebuah negara majmuk dengan penganut pelbagai agama dan kepercayaan, adalah penting kita, sebagai warga Muslim, belajar daripada sejarah Islam cara mewujudkan kebersamaan bersama masyarakat berlainan agama sambil terus berpegang dan mengamalkan kepercayaan dan ajaran agama.

Nabi Muhammad saw menunjukkan banyak teladan dalam perkara ini, termasuk melalui Piagam Madinah yang dilaksana Baginda. Nabi saw mempamerkan kebaikan, keterangkuman (inclusiveness), dan menjaga hubungan baik dengan masyarakat bukan Islam.


Baginda memberi perhatian dan menegaskan nilai-nilai bersama antara Muslim dengan bukan Muslim, umpamanya, dengan menghormati semua tempat ibadat, melarang memaksa tukar agama, dan menganjurkan konsep wasatiyyah, (yang menandakan kecemerlangan, adil, saksama dan tanpa sebarang keterlaluan, iaitu kesederhanaan).


Berperikemanusiaan dengan berbuat baik adalah ajaran utama Nabi saw. Perlakuan dan layanan Baginda yang adil lagi seimbang kepada semua insan diriwayatkan dalam Sahih Bukhari seperti berikut:


Semasa satu perarakan jenazah melewati di depan Nabi saw, baginda berdiri untuk menghormati jenazah tersebut. Apabila seseorang memberitahu beliau bahawa itu jenazah orang Yahudi, Baginda saw berkata: “Bukankah beliau juga manusia?”


Kebersamaan senegara

Nabi saw telah menggariskan prinsip-prinsip hidup bersama, sebagaimana dipapar dalam ajaran Islam mengenai hak jiran bukan Muslim dan persahabatan yang dianjurkan antara Muslim dengan bukan Muslim.


Orang Islam di bawah pemerintahan bukan Islam pada zaman itu, iaitu di bawah Raja Najashi di Abyssinia, menjalani kehidupan awam yang aman dan berurusan dengan orang bukan Islam, sekali gus mewujudkan kepercayaan jitu antara kaum Muslim dengan bukan Islam.

Nabi saw tidak pernah membiarkan pencerobohan ke atas hak orang bukan Islam, walaupun mereka mengejek dan menghina Baginda, atau memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam.


Itulah tahap kebaikan dan kesopanan yang harus kita ikuti dan amalkan, bukan menunjukkan kurang hormat orang bukan Islam atau melayani mereka secara tidak adil. 

Nilai kemanusiaan sejagat

Menghormati satu sama lain adalah antara nilai kemanusiaan sejagat yang juga penting dalam Islam kerana Allah sangat menekankan rasa hormat dan sikap toleransi terhadap sesama manusia.

Saling memberi makanan dan mengucapkan selamat antara jiran, baik Muslim mahupun bukan, adalah contoh mudah kebaikan yang boleh ditunjukkan.

Allah berfirman dalam Surah Al-Fussilat ayat 34, yang bererti:

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan baik dan perbuatan jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.”


Di Singapura, sentimen setiap agama difahami dan dihormati. Kebebasan bersuara di sini tidak membenarkan sesiapa pun membakar Al-Quran, Injil atau kitab suci agama lain.

Peristiwa malang sebegini berlaku di tempat lain di seluruh dunia.

Ia antara akibat dan kesan apabila masalah ditangani secara ekstrem dan akhirnya menyimpang jauh daripada ajaran serta amalan yang dijunjung Nabi saw. – Blog.pergas.org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >