Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Hijrah ke arah kebaikan...

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



MUHARAM adalah salah satu daripada empat bulan suci yang disebutkan dalam Al-Quran.



"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah 12 bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.



"Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (At-Taubah: 36)



Ustaz Mohamed Suhaimi Mohamed Fauzi berkata dalam program Maal Hijrah di Facebook@Jamiyah Singapura, sebarang pertempuran atau peperangan adalah dilarang sama sekali bagi menjaga kemuliaan empat bulan suci iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab.



Awal Muharam juga menjadi permulaan kalendar Islam.



KEPERLUAN TAHUN KALENDAR



Menyingkap sejarah, Ustaz Mohamed Suhaimi berkata masyarakat Arab sebelum itu hanya mengira tahun berdasarkan peristiwa besar yang berlaku di sekeliling mereka.



Contohnya, sejarah kelahiran Nabi Muhammad saw dikaitkan dengan peristiwa besar iaitu tahun berlaku serangan tentera Abrahah dengan gajah. Allah swt juga menurunkan burung Ababil untuk menyerang mereka kembali.



Ketika pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab, beliau sedar bahawa pengeluaran surat rasmi kerajaan hanya mempunyai maklumat bulan, tetapi tiada sebarang pengiraan tahun.



Oleh itu, beliau memikirkan keperluan untuk mengadakan pengiraan tarikh hijrah. Lalu, beliau berbincang dengan para sahabat untuk mewujudkan kalendar Islam dengan meletakkan Awal Muharam sebagai permulaan tahun Islam sempena hijrah Rasulullah saw.



HIJRAH SIKAP BUKAN HIJRAH TEMPAT



Ketika menyampaikan syarahan Maal Hijrah menerusi Facebook@Masjid Hasanah, mantan Mufti, Ustaz Fatris Bakaram, pula menceritakan:



"Apabila kita mengingati peristiwa hijrah, kita bukan hanya mengenangkan hijrah Rasulullah saw, tetapi juga hijrah beramai-ramai termasuklah para sahabat.



"Orang pertama yang berpindah dari Makkah ke Madinah ialah Abu Salamah ra iaitu dua bulan sebelum Rasulullah saw melakukan hijrah.



"Sebagai lumrah kehidupan, kita akan bertemu dengan situasi yang memerlukan penghijrahan. Hijrah yang dimaksudkan bukanlah hijrah tempat.



"Hijrah sebenar adalah hijrah daripada satu keadaan yang kurang baik kepada satu keadaan yang lebih baik, terutamanya pada pandangan Allah swt.



"Sebab itu, Nabi Muhammad saw mengingatkan umat Islam dalam sabdanya: "Dan orang yang berhijrah itu ialah orang yang meninggalkan larangan Allah swt" (HR Iman Al-Bukhari).



"Maknanya kita kena ubah kehidupan, jadi orang yang lebih baik di sisi Allah swt. Jika perlu berhijrah, maka berhijrahlah. Ambil pengajaran. Bukan hijrah tempat, tapi hijrah sikap," kata Ustaz Fatris.



MANFAATKAN KEBERKATAN UMUR



Menerusi Facebook@Masjid Al-Amin, Ustaz Muhammad Syafiee Hassan turut membacakan hadis daripada Talhah bin Ubaidillah, bahawa Nabi saw bersabda:



"Apabila Baginda saw melihat anak bulan, Baginda akan membaca doa yang bermaksud: Ya Allah keluarkanlah anak bulan ini dengan keberkatan dan keimanan, serta berikanlah keselamatan dan keislaman, Tuhanku dan Tuhanmu ialah Allah swt." (Riwayat al-Tirmizi)



"Rasulullah saw seakan-akan memberikan gambaran kepada umat Islam bahawa umur ini adalah peluang untuk kita melakukan kebaikan dan menambahkan keimanan. Apabila menjelang Tahun Baru, muhasabahlah diri masing-masing. Adakah dengan umur yang panjang ini, kita telah salurkan hayatnya kepada kebaikan atau pun sebaliknya?



"Sematkan dalam hati untuk melakukan amal soleh. Semoga dengan modal umur yang diberikan, kita mengambilnya sebagai peluang untuk mencari keredaan Allah swt. Semoga Tahun Baru Islam (1443H) kali ini menjadi tahun yang lebih baik untuk semua," doa Ustaz Syafiee.




Sebagai lumrah kehidupan, kita akan bertemu dengan situasi yang memerlukan penghijrahan. Hijrah yang dimaksudkan bukanlah hijrah tempat. Hijrah sebenar adalah hijrah daripada satu keadaan yang kurang baik kepada satu keadaan yang lebih baik, terutamanya pada pandangan Allah swt... Maknanya kita kena ubah kehidupan, jadi orang yang lebih baik di sisi Allah swt. Jika perlu berhijrah, maka berhijrahlah. Ambil pengajaran. Bukan hijrah tempat, tapi hijrah sikap.
- Ustaz Fatris Bakaram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >