Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Ingat pada Tuhan dalam apa jua keadaan, nescaya akan diberi jalan keluar

Sep 29, 2023 | 05:31 AM



Ingatlah kepada Allah swt dalam apa juga keadaan, lebih-lebih lagi apabila berdepan apa juga kepayahan, walaupun yang teramat, nescaya Allah akan membimbing kita menempuhi kepayahan tersebut.


Demikian intipati khutbah Jumaat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 29 September, yang mengambil kisah Nabi Yunus as untuk dijadikan inspirasi dan pelajaran yang bernilai.


Khutbah mengajak masyarakat menerapkan kisah dan cabaran hidup Nabi Yunus as, yang berdepan pelbagai kesusahan dan rintangan dalam menyampaikan amanah yang diberikan Allah swt.


Namun, keimanan Nabi Yunus as terhadap Allah swt tidak pernah terjejas walau sedikitpun. Beliau tetap memuji dan mengagungkan Allah sambil mengakui kelemahan dirinya sendiri.


Pengajaran ini dikisahkan menerusi pelbagai rintangan yang dihadapi Nabi Yunus as dalam menjalankan dakwahnya. Beliau dibebani perasaan kecewa dan hampa kerana kaumnya menolak risalah yang dibawa.


Dengan perasaan serta jiwa yang hiba, Nabi Yunus as mengambil keputusan meninggalkan kaumnya dan menaiki kapal untuk belayar pergi dan berhijrah.


Di tengah-tengah pelayarannya, ditakdirkan ribut dan badai melanda. Kapal yang dinaiki Nabi Yunus as dipukul ombak dan hampir karam di tengah lautan. Nakhoda mengambil keputusan mengurangkan muatan dalam usaha mengembalikan kestabilan kapal tersebut serta menyelamatkan diri mereka.


Langkah itu masih tidak berkesan lalu keputusan dibuat untuk mengundi salah seorang daripada penumpang untuk dicampakkan ke luar kapal. Ternyata Nabi Yunus as diundi sebagai orang yang harus dicampakkan ke dalam laut.


Kisah ini diceritakan dalam Al-Quran dan bagaimana Nabi Yunus as ditelan oleh seekor ikan paus. Walaupun demikian, keimanan Nabi Yunus terhadap Allah swt tidak pernah pudar biarpun berada di dalam perut ikan paus tersebut.


Nabi Yunus tetap memuji keagungan Tuhan, mengakui kelemahan dirinya sendiri dan menghambakan diri dengan seikhlas hati. Beliau berdoa terus, sambil memohon pengampunan dan rahmat Ilahi.

Dan kerana ketaatannya yang kukuh, akhirnya Nabi Yunus berjaya dikeluarkan daripada perut ikan tersebut dengan selamat.

Allah swt berfirman dalam Surah As-Saffat, ayat 143-144: “Yang bermaksud: “Maka kalaulah dia bukan daripada orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih), tentulah dia akan tinggal dalam perut ikan itu hingga ke hari kebangkitan”.


Imam Ibn Jubair menerangkan lafaz zikir serta tasbih yang sering dibaca Nabi Yunus as ketika itu. Zikir tersebut boleh didapati pada ayat berikut yag bermaksud:


“Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Al-Anbiya’: 87).


Inspirasi dan pelajaran bernilai daripada kisah Nabi Yunus as ini ialah, yang pertama dan utama, ia mengingatkan kita akan kepentingan untuk sentiasa berada dalam keadaan mengingati Allah swt dalam apa jua keadaan.


Ini kerana apabila kita sedang berdepan dengan jerih payah kehidupan, ia mudah membuatkan kita tergelincir daripada jalan yang benar.

Namun berbekalkan keyakinan bahawa Allah swt sentiasa bersama kita, Allah akan membimbing kita menempuhi kepayahan tersebut.


Selain itu, kita perlu berusaha bersikap optimis tatkala berada dalam apa jua ujian yang kita hadapi.

Cubalah memahami hikmah dan teladan di sebalik setiap ujian, kerana ujian itu memberi ruang untuk kita meningkatkan diri serta mempelajari sesuatu daripadanya.

“Ambil kesempatan itu untuk menjadi insan yang lebih baik, bahkan untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

“Saudara dan saudari, sebagai manusia, menjadi lumrah kehidupan untuk sentiasa berdepan dengan ujian serta cabaran. Derita kesedihan dan kekecewaan tidak lagi asing buat diri kita. Kehilangan orang-orang yang tersayang, masalah kewangan, mencari kerja dan sebagainya boleh membuat kita rasa ingin berputus asa.

“Akan tetapi, pada saat-saat yang sangat sukar ini, jangan sesekali kita berpaling daripada Allah swt, kerana Dialah cahaya yang membimbing kita, sekali gus menjadi mercu tanda harapan kita.


“Jangan goyah dan jangan berputus asa. Bahkan, carilah keindahan dan hikmah di sebalik setiap dugaan dan cabaran,” jelas khutbah merujuk kepada Nabi Yunus as, yang walaupun diuji Tuhan, tetap yakin terhadap rahmat serta petunjuk Allah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >