Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

HIDAYAH

Jalan dekatkan diri dengan Sang Pencipta

Dec 15, 2023 | 05:30 AM



Pernahkah anda rasa bahawa jurang antara diri anda dan Sang Pencipta semakin melebar?

Meski terasa diri ditenggelami dosa yang bertimbun, namun sering kali merindui dirimu yang pernah menjalinkan hubungan begitu kukuh dengan Allah swt suatu ketika dahulu.


Mungkin perasaan ini membuatkan diri rasa risau dan gelisah, namun ketahuilah bahawa ia adalah perasaan yang patut kita syukuri.

Ini kerana ia membuktikan bahawa kita masih mempunyai perasaan terhadap Allah azzawajalla – kita masih mengharapkan keampunan dan keredaan-Nya.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 35:


“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah pada jalan-Nya supaya kamu mendapat keberuntungan.’‘


Muhasabah dan taubat

Langkah pertama untuk memperbaiki hubungan dengan Allah adalah dengan muhasabah.

Untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, muhasabah diri adalah permulaan dalam usaha tersebut.

Dalam erti kata lain, muhasabah adalah keupayaan melakukan penilaian terhadap diri sendiri dalam melihat aspek kebaikan dan keburukan.

Firman Allah dalam Surah Al-Hasyr ayat 18:

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”


Justeru, terdapat beberapa cara muhasabah boleh dilaksanakan.

Lazimnya, ia boleh dilakukan sebelum tidur dengan merenung dan menilai kembali perbuatan dan prestasi diri kita sebagai hamba Allah.

Bagaimanakah iman kita? Apakah yang telah kita lakukan sehingga terwujudnya jurang antara kita dengan Allah?

Adakah ia berkisahkan kemaksiatan atau kebiasaan meninggalkan ibadah?

Bagaimanakah pula dengan bacaan Al-Quran dan solat sunat kita?

Perlu diketahui, untuk melengkapkan proses muhasabah, ia harus digandingkan dengan taubat.

Ini kerana taubat merupakan bentuk penyesalan seorang Muslim.

Maka, segeralah lakukan solat sunat taubat selagi pintu keampunan-Nya masih terbuka luas.

Allah berfirman dalam hadis qudsi:

‘’Apabila seorang hamba-Ku mendekati-Ku dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya dengan berlari. Apabila ia mendekati-Ku satu jengkal, Aku akan mendekatinya satu hasta.’‘ (HR Bukhari dan Muslim).


Dekatkan diri dengan Allah

Untuk mendapatkan ketenangan, kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup, haruslah kita berusaha mendekatkan diri kepada Allah dan menjalin hubungan yang baik dengan-Nya.

Ini juga ditekankan dalam kitab Tafsir Ibn Kathir, di mana taqarrub ilallah – mencari jalan yang mendekatkan diri kepada Tuhan – dapat diperoleh dengan mentaati perintah-Nya dan mempertingkatkan amal soleh secara istiqamah.


Perintah taqarrub ilallah juga disebutkan dalam Surah Al-’Alaq ayat 19:


“Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah).”


Oleh itu, berikut merupakan beberapa cara yang boleh diamalkan dalam usaha mendekatkan diri dengan Allah swt:


1) Dirikan solat lima waktu


Sembahyang merupakan amalan pertama yang akan dihisab pada hari kiamat.

Dengan mengetahui kedudukan dan kepentingan solat pada hari kiamat, umat Islam sewajarnya berusaha memperbaiki rukun kedua Islam ini.

Jika di antara kita yang masih menghadapi kesukaran menunaikan kelima-lima solat fardu, maka berusahalah untuk memulakan ibadah ini – waktu demi waktu, hari demi hari.

Jika ada yang sudah pun mendirikan solat fardu secara tekal dan pada awal waktu, maka cuba pula jinakkan diri dengan menunaikan solat-solat sunat yang lain.

Ini kerana solat sunat mampu menampung kekurangan solat fardu kita. Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:


“Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh ia telah beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh ia telah gagal dan rugi. Jika berkurang sedikit daripada solat wajibnya, maka Allah berfirman: ‘Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunat.’ Maka disempurnakanlah apa yang kurang daripada solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya.” (HR At-Tirmidzi).


2) Baca Al-Quran


Al-Quran merupakan mukjizat Baginda saw yang diturunkan oleh Allah swt sebagai petunjuk bagi umatnya.


Kitab yang mengandungi kalam Allah itu penuh hikmah, ajaran dan kisah teladan.

Ia adalah pedoman hidup setiap Muslim dalam menghadapi dunia penuh cabaran.

Jika solat merupakan cara seorang hamba bercakap dengan Penciptanya, maka membaca Al-Quran merupakan cara untuk Tuhan ‘bercakap’ dengan hamba-Nya.

Perintah dan larangan-Nya disusun rapi dalam satu kitab yang tidak pernah berubah dan dijadikan petunjuk bagi mereka yang beriman.

Maka marilah kita berusaha memperbanyakkan tilawah, tadabbur (penelitian dan penghayatan) dan mengamalkan kitab suci Al-Quran agar ia dapat menjadi syafaat bagi kita pada hari kiamat kelak. Sabda Rasulullah saw:


“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan menjadi syafaat bagi para pembacanya di hari kiamat.” (HR. Muslim).


3) Berdoa dan berzikir


Doa merupakan senjata mukmin yang mampu mengubah takdir.

Ia membuktikan kerendahan hati seorang hamba di hadapan Sang Pencipta di mana dia meminta, bersyukur, memohon keampunan dan berserah diri kepada-Nya dalam apa jua keadaan.

Mungkin ada kalanya doa kita tidak terjawab, tetapi ketahuilah bahawa Tuhan Maha Mengetahui.

Sepertimana yang disabdakan Baginda saw yang bermaksud tidak ada seorang Muslim yang berdoa kecuali Allah akan memberikan kepadanya salah satu daripada tiga perkara iaitu: Doanya dikabulkan dengan segera di dunia; doanya ditunda sebagai tabung akhirat; atau kemungkinan adalah penolakan keburukan yang akan menimpa dirinya.


Maka kita perlu terus berusaha, bersabar dan yakin akan ketentuannya, bukannya pasrah.

Apabila kita menjaga hubungan yang diredai dengan Allah swt, pastinya setiap permasalahan yang melanda mampu kita hadapi.


Tiada yang mustahil bagi Allah azzawajalla. Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 186:


“Dan apabila hamba-Ku bertanya tentang Aku kepadamu, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan doa setiap orang yang berdoa kepada-Ku.”


Kesimpulan

Dalam menghadapi jurang antara diri dan Sang Pencipta, perjalanan menuju keredaan Allah swt memerlukan kesedaran, muhasabah dan taubat yang tulus.


Dengan mengamalkan langkah-langkah ini, kita dapat memperbaiki hubungan kita dengan Allah, memperoleh ketenangan batin dan menghadapi hidup dengan penuh keyakinan dan harapan, insya-Allah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >