Kehebatan doa , Berita Hidayah - BeritaHarian.sg
Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah0

Kehebatan doa

Setiap masalah ada jalan penyelesaian; berserah diri dan mohon bantuan kepada-Nya
Sep 23, 2021 | 05:30 AM

TIDAK ada seorang pun manusia yang dapat menghindarkan diri daripada ditimpa masalah.

Kadangkala, masalah yang menghimpit akan membuatkan seseorang itu hilang arah dengan takdir Allah swt.

Bagaimanapun, setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian yang tertentu sama ada secara spiritual atau fizikal.

Sebagai orang yang beriman, kita perlu berserah diri dan memohon bantuan kepada Allah swt dengan menadah tangan kepada-Nya.

DOA SENJATA MUJARAB

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Penceramah bebas, Ustazah Sri Wahyu Ahmad, menjelaskan antara cara terbaik untuk mengukuhkan emosi seseorang adalah dengan berdoa kerana ia merupakan senjata ampuh bagi orang Mukmin.

Sesungguhnya, Allah swt telah berfirman dalam surah Ghaafir:

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina." (40:60)

Oleh itu, Ustazah Sri Wahyu memberitahu bahawa Islam datang dengan kehebatan doa dalam Al-Quran sebagai penawar kepada setiap orang yang mencarinya.

Maka, manfaatkan doa-doa yang sesuai untuk mengubati situasi yang kurang menyenangkan, khususnya di musim pandemik ini.

DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN

Terdapat banyak himpunan doa dalam Al-Quran yang boleh diamalkan bagi memberi ketenangan dalam hati seseorang manusia.

Antaranya, Nabi Musa as pernah mengungkapkan doa berikut ketika hendak berdakwah di hadapan Firaun yang bermaksud:

"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan permudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku." (Surah Taha, ayat 25-28)

Nabi Musa as menggunakan doa ini supaya dilancarkan segala lisannya ketika menyampaikan dakwah. Doa ini dapat membantu seseorang berfikiran positif dan tenang ketika hendak melakukan sesuatu urusan.

DOA NABI YUNUS KETIKA KEGELAPAN

Ustazah Sri Wahyu turut menceritakan kisah Nabi Yunus as yang diuji apabila telah dicampak ke dalam lautan, sebelum ditelan oleh ikan Nun yang sangat besar.

Pada saat itu, beliau berada dalam kegelapan perut ikan dan kegelapan dasar lautan yang sangat melemaskan. Bayangkan betapa takutnya keadaan yang dialami oleh Nabi Yunus pada waktu tersebut.

Walaupun berada dalam kesusahan, Nabi Yunus menanam keyakinan terhadap bantuan Allah swt dengan mengucapkan doa yang bermaksud:

"Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (Surah Al-Anbiya', ayat 87)

Disebabkan keberkatan doa yang tidak henti-henti dilafazkan dari mulut Nabi Yunus, akhirnya beliau telah diselamatkan oleh Allah swt.

Doa yang dinamakan dzun nun ini sangat luar biasa kerana dalam sebuah hadis riwayat Tirmidzi:

"Sesungguhnya tidaklah seorang Muslim berdoa dengannya (dzun nun) dalam suatu masalah melainkan Allah kabulkan baginya.''

Jelas Ustazah:

"Jika diteladani setiap doa di atas, rahsia bagi sesebuah doa itu mustajab adalah pengakuan tauhid, pengakuan kekurangan diri dan permohonan ampun kepada Allah swt. Antara penghalang doa kita dimakbulkan adalah dosa.

"Oleh itu, memohon keampunan dengan beristighfar adalah perlu bagi mencapai tujuan sesuatu ujian itu diturunkan iaitu menghapuskan dosa."

ZIKIR KETIKA BERHADAPAN KESULITAN

Allah swt telah menyatakan firman-Nya dalam surah Al-Imran yang bermaksud:

"Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka:

"Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada-Nya segala urusan kami)." (3:173)

Terang Ustazah Sri Wahyu:

"Kalimah Hasbunallah wanikmal wakil dalam ayat ini dijelaskan maksudnya sebagai 'Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami'.

"Zikir ini mempunyai kekuatan sendiri sehingga pernah dibaca oleh Rasulullah saw dan para sahabat ketika memerangi orang kafir.

"Justeru, zikir ini amat sesuai dilazimi oleh seseorang yang berada dalam kesulitan atau ancaman. Khasiatnya, ia akan memberi ketenangan dan kepercayaan untuk berserah diri kepada Allah swt walaupun berada dalam kesukaran hidup.

"Dengan melantunkan zikir ini juga, hati seseorang akan lebih berani untuk berhadapan dengan musuh. Hal ini kerana, orang yang beriman kukuh percaya bahawa Allah swt akan bersamanya dalam setiap kesulitan yang dialami."


SEKILAS BIODATA

Ustazah Sri Wahyu Ahmad merupakan penceramah bebas yang memiliki Sarjana bidang Syariah dari Universiti Jordan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map