Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Kepentingan ilmu dalam menunaikan ibadah haji

May 26, 2023 | 05:00 AM



IBADAH haji adalah rukun Islam kelima. Setiap Muslim diwajibkan menunaikannya hanya sekali dalam seumur hidup bagi yang mampu, merangkumi kos perbelanjaan, kesihatan dan keselamatan.

Ilmu menjadi dasar penting dalam menunaikan ibadah haji. Jemaah seharusnya mempelajari, menghayati dan melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan dengannya daripada rukun, syarat, sunat dan wajib haji serta menjaga pantang larang sepanjang masa mengerjakan haji.

Dengan persediaan yang mantap – rohani dan jasmani serta bekalan ilmu yang mendalam – maka jemaah mampu mengerjakan ibadah haji dengan yakin dan sempurna.

Memandangkan ini adalah kesempatan sekali dalam seumur hidup, hendaknya ibadah haji dilaksanakan sebaik mungkin sepertimana yang ditunjukkan dan mengikut sunah Rasulullah saw.

Dengan demikian ibadah yang dilakukan akan meraih haji mabrur yang sangat besar ganjarannya.

Rasulullah saw bersabda: “Daripada satu umrah ke satu umrah itu akan menghapuskan dosa antara kedua-duanya dan haji mabrur itu tidak ada imbalannya kecuali syurga.” (HR Bukhari dan Muslim).

Ibadah haji merupakan wasilah seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah, Sang Pencipta.

Perintah haji diwajibkan pada tahun ke-6 Hijrah. Ia menyusuli pensyariatan ibadah-ibadah sebelumnya seperti solat, puasa dan haji.

Sebaik-baik bekal adalah takwa sepertimana firman Allah termaktub dalam Surah Al-Baqarah, ayat 197 yang ertinya, melaksanakan haji dengan penuh keikhlasan kerana Allah semata-mata dan mematuhi segala hukum- hukumnya.

Ibadah haji bukan saja berbentuk ritual, tetapi di dalamnya terkandung penuh dengan nilai-nilai sejarah yang penting.

Bermula mengenakan pakaian ihram yang melambangkan kezuhudan sebagai proses melatih diri untuk kembali kepada fitrah asalnya iaitu suci dan murni. Ia melambangkan kezuhudan manusia sebagai latihan untuk kembali kepada fitrahnya yang asli, iaitu sihat dan suci bersih.

Dengan pakaian seragam berihram bermakna manusia pada sisi Allah sama saja, yang membezakan antara mereka adalah ketinggian takwanya.

Pada hakikatnya, ketika berwukuf di Arafah, rasa syahdu dan haru yang timbul hendaknya menyedarkan dan menginsafkan kita, bahawa betapa hidup di dunia ini hanya sementara.

Akhirnya jua kita akan dihimpukan di Padang Mahsyar serta dibangkitkan pada hari akhirat kelak.

Keberadaan kita di Arafah diiringi dengan doa, takbir, tahmid, tasbih mengharapkan dan mengagungkan kebesaran Allah.

Kita juga diingatkan setiap amal ibadah yang dilakukan semasa di dunia akan dipertanggungjawabkan serta diadili dengan saksama.

Bertawaf dan bersai yang dilakukan secara serentak dalam keadaan khusyuk membesarkan kemuliaan Allah.

Setiap bacaan yang dilafazkan mengandungi kalimat-kalimat yang menyucikan dan mengesakan Allah. Ia juga berereti seorang Mukmin harus menempuh hidup dengan perjuangan dan pengorbanan.

Peristiwa sai menimbulkan rasa kesungguhan demi penakatan dalam melaksanakan perintah Allah dan menjauhi tegahan-Nya. Tujuan utama untuk menggapai kebahagiaan dan kesejahteraan yang mendapat keredaan Allah di dunia dan akhirat.

Di samping itu, pada bulan-bulan haji, umat Islam seluruh dunia mengadakan perhimpunan tahunan secara besar-besaran. Mereka datang daripada seluruh pelosok negeri yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan warna kulit. Mereka disatukan di bawah teduhan Kaabah.

Maka Kaabah menjadi simbol atau lambang kesatuan dan persatuan umat Islam. Pada kesempatan yang sangat berharga ini, keperluan mengukuhkan jaringan perhubungan demi memajukan dan mengembangkan potensi umat Islam dalam rangka mencorak perubahan dalam keadaan dunia yang tidak menentu dari aspek ekonomi, politik, sosial, pendidiakan dan sebagainya perlu digunakan sepenuhnya.

Melalui haji, kita diinspirasikan untuk menjadi manusia yang bergagasan dan berwawasan jauh – yang dapat menambah ilmu dan pengalaman dalam usaha mencapai ‘khairah ummah’ (umat terbilang).

Ibadah haji juga mengasuh kita menjadi umat yang kuat dalam pelbagai bidang seperti ilmu, adab, kekayaan dan sebagainya.

Melalui perkenalan dan perhubungan yang berterusan, menyuburkan rasa persaudaraan Islam yang mendalam saling menghormati, menghargai dan memanfaati antara satu dengan lain.

Oleh itu, ibadah haji tidak hanya bersifat ritual dan rohani, malahan menjangkau lebih jauh daripada itu memakmurkan kehidupan ini dengan menyempurnakan tugas sebagai khalifah di bumi.

Dengan ilmu yang dimiliki dalam melaksanakan sesuatu ibadah, terutama mendapatkan ibadah haji yang mabrur mampu membentuk peribadi unggul yang lebih manusia.

Mengukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah, memperkuat persaudaraan, serta menyuburkan roh kemanusiaan untuk menjadikan kehidupan ini lebih bermakna dengan nilai-nilai murni, yang terkandung dalam Al-Quran dan al-Sunnah untuk mencapai kemakmuran dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >