Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Kisah hijrah seorang pemuda dan pentingnya niat

Jun 08, 2023 | 05:31 PM



PADA zaman hijrah dari Makkah ke Madinah, terdapat kisah mengenai seorang pemuda yang terkenal yang dikenali sebagai Muhajir Ummu Qais. Namanya terkenal kerana dikatakan menjadi penyebab Nabi saw menyampaikan hadis tentang niat.


Hadis tersebut, “sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya”, sangat penting kerana niat menjadi faktor penentu daripada hasil sesuatu perbuatan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya niat dalam suatu tindakan.

Kisah pemuda ini dimulai daripada lamarannya yang ditolak oleh Ummu Qais, wanita yang beliau cintai. Ummu Qais telah memilih untuk mengikuti arahan Nabi untuk hijrah ke Madinah. Sebelum berangkat, pemuda tersebut melamar Ummu Qais. Namun, Ummu Qais lebih mengutamakan tekadnya untuk berhijrah dan mengikuti perintah Nabi saw daripada menikah.


Pemuda itu memutuskan untuk turut serta dalam hijrah tersebut demi mengejar cintanya, meskipun harus melewati ratusan kilometer. Sejak itu, pemuda ini dikenal sebagai Muhajir Ummu Qais, kerana hijrahnya dilakukan untuk menikahi seorang wanita. Dikisahkan bahawa beliau akhirnya berhasil menikahi Ummu Qais.

Berita tentang pemuda tersebut sampai kepada Nabi saw. Mendengar kisah itu, beliau bersabda: “Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung pada niatnya. Dan setiap orang akan mendapatkan balasan sesuai dengan niatnya. Barang siapa hijrahnya kerana ingin mendapat keredaan Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya akan ditujukan kepada keredaan Allah dan Rasul-Nya. Dan barang siapa hijrahnya kerana dunia atau kerana ingin menikahi wanita, maka hijrahnya akan dinilai sesuai dengan niatnya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


Sabda Rasulullah itu secara umum menggambarkan bagaimana setiap tindakan manusia akan mendapatkan balasan sesuai dengan niatnya. Seseorang yang menjadikan keredaan Allah dan Rasulullah sebagai landasan niat dalam melakukan suatu perbuatan, maka Nabi sendiri menjamin bahawa perbuatan tersebut akan mendapatkan keredaan Tuhan dan Rasul-Nya. Itu adalah balasan yang setara dengan niat yang dilakukan. Sedangkan, jika seseorang bertindak dengan tujuan duniawi, maka hanya hal-hal duniawi yang mungkin akan dicapai. Mereka mengabaikan tujuan yang lebih mulia, iaitu keredaan Tuhan dan utusan-Nya.

Hijrah bukanlah hanya masalah perpindahan secara fizikal, tetapi lebih daripada itu, iaitu komitmen, niat yang tulus kerana Allah, pengorbanan, ketulusan dan lain-lain. Itulah mengapa tindakan pemuda tersebut dalam mengejar wanita dan kehidupan dunia dikecam, padahal keduanya diperbolehkan. Namun, yang menjadi masalah adalah kerana pemuda tersebut tidak menempatkan Tuhan sebagai tujuan utama dalam perbuatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >