Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH

Manfaat ziarah kubur, ingat akhirat

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



AMALAN ziarah kubur sangat dianjurkan dalam Islam kerana ia merupakan satu sunah Nabi saw yang mengandungi pelbagai hikmah.



Dalil tentang hikmah menziarahi kubur telah diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan sanad yang sahih, dengan Nabi saw bersabda: "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripada menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat."



Pegawai Dakwah (MRO) Masjid Haji Muhammad Salleh@Makam Habib Noh, Ustaz Abdul Hafiz Habib Rahman berkata, amalan ziarah kubur dapat mengurangkan kecintaan seseorang terhadap dunia, sekali gus membawa keinsafan dan mengingatkan seseorang tentang akhirat.



"Ia juga dapat memperbaiki keburukan hati seseorang. Mungkin, sesetengah orang mempunyai sifat-sifat yang kurang baik dalam hatinya. Oleh itu, ziarah kubur dapat menuntun hati seseorang yang lalai ke arah mengingati Allah swt."



ADAB MENZIARAHI MAKAM



Ustaz Abdul Hafiz berkata, Islam telah menggariskan beberapa panduan tentang adab menziarahi tanah perkuburan.



Jelas beliau: "Ketika menziarahi kubur atau makam, anggaplah seperti kita menziarahi orang yang hidup. Hendaklah menziarahi kubur orang yang telah meninggal dunia dengan penuh tatasusila dan adab, apatah lagi jika orang tersebut merupakan saudara-mara, sahabat handai, para anbia atau orang-orang soleh yang dicintai Allah swt.



"Pertama, disyaratkan menanam niat ziarah dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Allah swt. Niat tersebut menjadi bukti bahawa seseorang itu melakukan sesuatu perkara secara ikhlas kerana Allah swt.



"Seterusnya, hadiahkan bacaan Al-Quran dan doakan kesejahteraan seseorang yang telah meninggal dunia kerana ia dapat memberi manfaat kepada mereka."



ANJURAN MENGUCAPKAN SALAM



Ustaz Abdul Hafiz menambah, Islam turut menganjurkan umatnya untuk mengucapkan salam kepada ahli kubur kerana hukumnya adalah sunat.



Antara lafaz sempurna yang boleh diucapkan kepada penghuni kubur ialah: "Assalamu'alaikum dara qaumin mukminin, wa inna insya Allahu bikum laa hiqun."



Ertinya: "Selamat sejahtera ke atas kamu semua penduduk negeri (kubur) orang beriman. Dan kami semua insya-Allah akan bertemu dengan kamu sekelian." (HR Muslim)



"Sebelum masuk ke dalam rumah orang yang masih hidup, salam akan diberi terlebih dahulu. Begitu juga keadaannya apabila hendak menziarahi kubur para solihin, hendaklah memberi salam sebagai satu adab mulia dalam Islam.



"Ketika berbicara dengan orang yang masih hidup, kita tidak membelakangkan wajah orang tersebut. Sama seperti menziarahi kubur orang yang telah meninggal dunia, digalakkan untuk menghadap ke arah wajah orang yang telah meninggal dunia.



"Ambil juga ikhtibar daripada amalan-amalan yang telah dilakukan oleh mereka, sewaktu mereka masih hidup," terang beliau.



ELAKKAN AMALAN YANG DILARANG



Berkenaan larangan ketika ziarah kubur, Ustaz Abdul Hafiz berpesan agar umat Islam, khususnya pengunjung Makam Habib Noh, agar tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.



"Antara larangannya adalah melangkah kubur atau memijak kubur dengan kaki. Selain itu, jangan sesekali mempunyai keyakinan bahawa orang yang telah meninggal dunia dapat memberi manfaat dan mudarat kepada dirinya.



"Apa yang dianjurkan oleh para ulama ialah kita berdoa kepada Allah swt melalui perantaraan dan keberkatan para solihin, wali Allah swt dan sebagainya. Berpeganglah bahawa hanya Allah yang dapat memberi manfaat dan mudarat kepada setiap makhluk," katanya lagi.



BERSAMA-SAMA MENGAMBIL PENGAJARAN



Masjid Haji Muhammad Salleh merupakan antara masjid yang tertua di Singapura yang terletak bersebelahan Makam Habib Noh.



"Di sini, kami bukan sahaja menerima pengunjung beragama Islam, malah kami turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung bukan Muslim. Diharapkan agar pengunjung dapat mengambil ibrah daripada kisah Habib Noh yang sangat memuliakan syariat Islam.



"Secara tidak langsung, mereka dapat mengenali akhlak Habib Noh dan mudah-mudahan, ia akan menarik perhatian para pengunjung untuk mengetahui tentang agama Islam dengan lebih mendalam," kata Ustaz Abdul Hafiz.




CARA DERMA 



Sumbangan boleh dilakukan melalui cara-cara berikut:



- Imbas kod QR yang disediakan atau PayNow ke S03MQ0039G.



- Pemindahan wang ke Akaun Semasa OCBC 59100798-400 di bawah nama akaun "LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH".



Nyatakan di ruang rujukan (reference) sama ada untuk derma masjid atau dana makam.



- Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220-9257 untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >