Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:29

Maryam teguh pertahankan iman

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah
32
0

KISAH DARI SURAH

Maryam teguh pertahankan iman

Jun 24, 2022 | 06:01 AM

SURAH Maryam dalam Al-Quran mengabadikan wanita bernama Siti Maryam binti Imran.

Berdasarkan penceritaan kisahnya dalam Al-Quran, beliau digambarkan sebagai wanita yang berpendirian teguh dan tabah mempertahankan iman dan kesucian dirinya.

Kisah Siti Maryam turut ditukil dalam Surah Ali 'Imran mengenai ibunya yang berhajat untuk menyerahkan anak yang masih dalam kandungan, agar anak itu dapat berkhidmat kepada Allah swt.

Allah swt berfirman: "Ingatlah ketika isteri Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku bernazar kepada-Mu, kandunganku (kelak) menjadi hamba yang mengabdikan diri (kepada-Mu), maka terimalah (nazarku). Sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah Ali 'Imran, ayat 35).

Menurut Ibnu Asyrur dalam kitab At-tahrir wa al-tanwir, Maryam dikenali sebagai sosok yang suci dan berakhlak mulia.

Diriwayatkan dalam beberapa kisah, ketika mengandung Nabi Isa as, Siti Maryam masih berusia 13 tahun. Ketika itu, ia diamanahkan oleh Allah swt melalui perantara malaikat Jibrail.

Siti Maryam dipercayai mengandung Nabi Isa as melalui rahimnya yang masih suci seperti yang diceritakan dalam surah yang ke-19 ini.

"Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (di masanya). Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih 'Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)."

Khabar daripada Jibrail ini lantas membuat Maryam terkejut dan bingung. Kemudian, dia berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun."

Malaikat Jibrail meyakinkan, "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata: Kun fayakun, jadilah, lalu jadilah ia."

Akhirnya, Siti Maryam pun menerima amanah tersebut dan bersedia mengandungkan Nabi Isa as selama sembilan bulan dalam rahimnya.

Selama mengandung, Siti Maryam kerap mendapat hinaan dan fitnah daripada kaum kafir. Banyak yang meragukan kesuciannya dan menuduhnya telah berzina, menurut kitab itu lagi.

Namun, fitnah tersebut terbantahkan ketika Nabi Isa as lahir ke muka bumi. Nabi Isa as diberikan mukjizat oleh Allah berupa kemampuan bicara sejak bayi. Ketika lahir, Nabi Isa berkata:

"Sesungguhnya aku hamba Allah, Dia memberiku Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi. Dan Dia (Allah) menjadikan aku seorang yang diberkahi di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (melaksanakan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup." (Surah Maryam: 30-31)

Kesucian Siti Maryam begitu dijaga oleh Allah swt. Ia menjadi wanita yang Allah pilih untuk menjejakkan kakinya di muka bumi dan menjadi penebar kebaikan serta suri teladan bagi umat manusia.

Menurut riwayat, Siti Maryam wafat pada usia 56 tahun.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3