Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Masyarakat Islam S'pura digesa kuatkan azam, tingkat ilmu agama: Timbalan Mufti

Apr 22, 2023 | 12:08 PM



MASYARAKAT Islam Singapura mesti menguatkan azam untuk terus berjaya dan cemerlang dalam hidup, sambil merendahkan diri terhadap Allah sebagai tanda kesyukuran kita atas segala nikmatNya.



Justeru, masyarakat Islam mesti terus berusaha untuk memperbaiki diri dengan mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, kata Timbalan Mufti Singapura, Ustaz Dr Muhammad Hannan Hassan, semasa menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sultan pada 22 April.



“Amat penting untuk kita terus memupuk dan menerapkan sikap positif sedemikian dalam diri kita. Ini kerana agama kita tidak mengasingkan antara ibadah kita dengan adab kita, mahupun antara akhlak kita dengan tanggungjawab kita terhadap orang lain,” ujar Ustaz Dr Hannan.



“Keyakinan kita berpunca daripada ilmu dan pemahaman agama. Oleh itu, kita semua perlu terus berusaha meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang agama, demi membina keupayaan dan keyakinan masyarakat untuk menghadapi cabaran masa hadapan,” tambahnya.



Sekitar 6,000 jemaah hadir di Masjid Sultan yang terletak di Muscat Street untuk menunaikan solat Aidilfitri untuk sesi pertama pada 7.15 pagi dan sekitar 6,000 lagi jemaah membanjiri dewan solat untuk sesi kedua pada 8.45 pagi.



Turut menunaikan solat di masjid itu adalah Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee; Presiden Muis, Encik Saat Abdul Rahman; Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Dr Albakri Ahmad; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >