Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

KISAH DARIPADA SURAH AN-NAML

Mukjizat Nabi sesuai dengan zamannya

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



SURAH An-Naml (perihal semut) yang mengandungi 93 ayat diturunkan di Makkah, mempunyai beberapa perutusan menarik untuk direnungkan.



Dalam rencana ini, perhatian akan diberikan kepada muka surat pertama surah ini.



Selepas ayat 1-6 yang menegaskan kebenaran Al-Quran dan kesan akibat mereka yang tidak percaya kepada hari kiamat, ayat 7-14 pula mengimbas kembali beberapa mukjizat yang diberikan Allah swt kepada Nabi Musa as, antaranya tongkatnya menjadi ular dan tangannya menyala cahaya putih.



"Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila ia melihat tongkatnya itu (menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru): "Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapKu (menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut. (An-Naml 27:10)



Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (An-Naml 27:11)



Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka. (An-Naml 27:12)



Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firaun dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: 'Ini adalah sihir yang terang nyata!' (An-Naml 27:13)



Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenaran-Nya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan." (An-Naml 27:14)



Ayat-ayat ini menunjukkan betapa belas dan keadilan Allah yang nyata walaupun dalam cara Dia menetapkan bukti yang tidak dapat dinafikan ke atas penduduk negeri yang mengingkari dengan seruan Nabi, dengan memberikan mukjizat Nabi yang mengatasi kepakaran dan pengkhususan negara itu.



Penduduk Mesir pada zaman Nabi Musa misalnya, terkenal dengan kepandaian mereka dalam sihir, maka Allah memberikan Nabi Musa mukjizat yang menyerupai sihir yang lebih menakjubkan.



Penduduk Palestin pada zaman Nabi Isa a.s pula, mahir dalam bidang perubatan, justeru Allah menganugerahkan Nabi Isa kebolehan menyembuhkan orang dengan cara yang menakjubkan dan tidak dapat dilakukan walaupun oleh doktor terbaik mereka.



Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad saw adalah ahli bahasa dan puisi, maka Allah menganugerahkan Nabi yang buta huruf itu mukjizat linguistik paling kekal dan agung yang pernah sampai kepada manusia.



Walau bagaimanapun, Allah dalam keadilan-Nya yang sempurna, membolehkan setiap tamadun mencapai perkara-perkara tertentu, dan kemudian mempertanggungjawabkan mereka kerana menyedari bahawa kecekapan mereka adalah kerana limpah dan rahmat Allah semata-mata.



Kelebihan dan mukjizat yang ada pada Nabi Sulaiman dan Nabi Daud seperti yang terdapat dalam ayat-ayat seterusnya dalam surah An-Naml akan dibincangkan dalam rencana akan datang.




► Sumber: Laman Celiktafsir, surah.my, QuranStudyNotes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >