Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Perbetul persepsi untuk capai kejayaan sebenar dalam Islam

Feb 09, 2024 | 05:30 AM



Setiap individu mengimpikan kejayaan. Ada yang mahu jadi kaya; jadi orang paling pandai dengan gelaran doktor atau profesor; dan tidak kurang teringin menjadi orang ternama dan hidup glamor.

Untuk mencapai matlamat hidup di dunia ini, manusia melakukan pelbagai usaha dan cara untuk mencapainya.

Sebagai contoh, ramai ibu bapa yang mahukan anak mereka menjadi orang berjaya akan memberi penekanan kepada kejayaan akademik di sekolah. Ini kerana mereka berpandangan bahawa kecemerlangan dalam pendidikan akan membawa kepada kejayaan pada masa depan, sekali gus menjamin kehidupan lebih selesa dan bahagia.

Dalam Islam, kejayaan sejati adalah kejayaan yang tidak hanya melibatkan pencapaian dunia, bahkan pencapaian akhirat. Ia adalah kejayaan yang membawa kebahagiaan sejati dan kepuasan hati, di samping mendapat keredaan Allah.

Oleh itu, amat penting bagi kita memahami konsep sebenar kejayaan menurut ajaran Islam agar kita dapat mengarahkan usaha dan tindakan kita ke arah yang membawa kepada kebahagiaan dunia dan akhirat.

Dalam mengejar kejayaan, Al-Quran ada mengetengahkan aspek penting berkenaan kejayaan dan ia disebut dalam Surah Al-Ahzab, ayat 71:

“Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan.”


Beberapa langkah praktikal yang perlu kita terapkan untuk menjadikan kita bersemangat mencapai impian kita dengan cara yang sewajarnya adalah:

Langkah 1: Menerapkan
gaya hidup Islam

Satu panduan penting mengenai konsep kejayaan menurut Islam dilakarkan dalam Surah Al-Baqarah ayat 138, yang bermaksud: “Sibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik sibghahnya daripada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.”


Kekata sibghah di sini banyak diterjemahkan sebagai celupan dan corakan. Menurut Tafsir Al-Wajiz, ia merujuk kepada fitrah. Sebahagian besar pentafsir yang lain pula berpendapat ia merujuk kepada agama Allah.


Oleh itu, seorang Muslim yang inginkan kejayaan haruslah berpegang pada agama Allah yang telah dijadikan sesuai dengan fitrah manusia. Ini kerana tidak ada aturan yang lebih baik daripada agama-Nya.

Lantas, bagaimana caranya? Tidak lain selain menjadikan Islam gaya hidup kerana prinsip utamanya adalah untuk mengundang maslahat (sesuatu yang berfaedah atau berguna) dan menghalangi mafsadah (kebinasaan).

Nilai-nilai Islam yang diamalkan setiap hari juga dapat membentuk sikap positif dan memberikan motivasi untuk mencapai kejayaan.

Kita juga perlu mendefinisikan kejayaan hakiki agar selari dengan fitrah kita iaitu berusaha sebaik yang terdaya mewujudkan sesuatu kebaikan dan menghalang terjadinya sesuatu keburukan.

Langkah 2: Membetulkan
persepsi tentang kejayaan

Seterusnya, kita perlu memperbaiki persepsi kita mengenai makna kejayaan.

Kejayaan pada pandangan Islam bukan hanya berkaitan dengan kecemerlangan dalam ilmu pengetahuan, memegang jawatan tinggi, atau menjadi peniaga yang berjaya semata-mata. Ia juga harus diasaskan pada nilai agama dan ketaatan kepada Allah.

Tanpa asas ini, kejayaan yang dicapai mungkin kelihatan indah di luar, tetapi rapuh di dalamnya. Individu yang mencapai kejayaan tanpa mengambil kira ajaran agama lebih cenderung menjadi lalai dan terjerumus dalam nafsu yang tidak pernah puas.

Enam ayat pertama daripada Surah Al-Mukminun boleh kita teliti untuk memahami definisi kejayaan yang sejati. Hayati firman Allah:

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia; dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); dan mereka yang menjaga kehormatannya, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela...” (Surah Al-Mukminun, ayat 1-6).


Jelas daripada ayat ini bahawa kejayaan sejati bukan hanya melibatkan aspek ritual seperti solat, tetapi juga melibatkan sikap yang menggambarkan keberhasilan sejati. Kejayaan sejati adalah apabila seseorang menunaikan kewajipan agama dengan khusyuk dalam solat, menghormati waktu, menjaga tutur kata, menunaikan zakat dan memperhatikan mereka yang memerlukan.

Langkah 3: Mengambil iktibar daripada generasi terdahulu

Al-Quran banyak menukilkan kisah-kisah umat terdahulu. Ini menunjukkan betapa penting untuk tidak hanya menilaikan diri kita dengan masyarakat semasa.

Sebaliknya, kita juga wajar sedar pencapaian dan sumbangan generasi lalu dan mengambil iktibar daripada ketangkasan mereka sebagai dorongan untuk membuktikan bahawa kita juga mampu mencapai kejayaan.

Ini adalah satu cara untuk mendorong diri kita dengan keyakinan bahawa kita juga boleh mencapai apa yang mereka capai.

Kisah-kisah ini juga bertujuan sebagai peringatan bagi kita tentang kegagalan yang pernah dilakukan umat terdahulu.

Selain menghargai pencapaian tersebut, kita juga patut berusaha mempelajari daripada kesilapan dan kegagalan lampau agar ia tidak berulang.

Seperti dalam Surah Al-An’am ayat 6, Allah berfirman: “Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.”


Di sini, jelas bagi sesiapa yang ingin mencapai kejayaan seharusnya mengambil iktibar daripada kejayaan serta kegagalan yang pernah dihadapi generasi sebelumnya.

Langkah 4: Menyedari kehidupan itu medan ujian

Allah menegaskan bahawa kehidupan manusia penuh dengan ujian, termasuklah dalam bentuk kesusahan dan kegagalan, seperti firman-Nya dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 35: “Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.


Oleh itu, kegagalan bukanlah sesuatu yang sepatutnya dikecam, tetapi merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

Bahkan, Rasulullah saw pernah mengalami waktu kesukaran dalam dakwahnya, tetapi Baginda tidak pernah berputus asa, sebaliknya bersemangat meneruskan perjuangan. Cabaran tersebut dijadikan pelajaran dan sebagai langkah ke arah kejayaan yang lebih besar.


Kesimpulan

Menyedari bahawa hidup ini adalah medan ujian, ia tidak mengizinkan kita beralah, berserah dan bersikap pasif. Seorang Muslim harus sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik untuk mencapai kejayaan yang diinginkan.

Dan setelah berusaha, Islam mengajar kita bahawa manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan hasilnya.

Anggaplah bahawa kegagalan bukan penamat usaha, tetapi mungkin menjadi peluang merubah strategi dan rancangan. Penentuan Allah selalu yang terbaik dan tepat pada ketika itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >