Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

Projek berskala besar akan dijalankan, masih perlu sekitar $6j

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



MASJID Darul Makmur telah didirikan lebih 30 tahun lalu.



Ia dibiayai oleh masyarakat Singapura, khususnya penduduk kawasan kejiranan itu.



Masjid ini kini memerlukan kerja-kerja peningkatan berskala besar.



Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, projek peningkatan masjid ini bertujuan untuk menaik taraf dan menambah ruang solat untuk para jemaah, khususnya bagi menyantuni warga senja.



"Dengan berkembangnya penduduk di Yishun, maka keperluan ruang solat yang selesa juga semakin meningkat, terutama sekali sewaktu musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.



"Keperluan prasarana telah berubah bersesuaian dengan peredaran zaman. Infrastruktur dan peralatan masjid juga semakin lapuk dimamah usia.



"Kami juga menyantuni lebih ramai jemaah yang lanjut usia sekarang ini dan mereka memerlukan lif untuk beralih dari satu tingkat ke tingkat yang lain.



"Setelah selesai projek ini, para jemaah dapat menggunakan kemudahan seperti lif, dewan serbaguna yang lebih besar dan alat-alat pembesar suara yang lebih baik," jelas Encik Izuan.



Beliau juga berkata, dengan penambahan kapasiti lebih daripada 1,600 jemaah di ruang solat ini, maka para jemaah tidak lagi perlu menunaikan solat di jalan raya, di belakang masjid atau di kolong blok bersebelahan sewaktu musim perayaan atau pada setiap cuti umum yang jatuh pada hari Jumaat.



Masjid Darul Makmur juga bakal melakarkan inisiatif-inisiatif baru dalam mentadbir masjid dengan memanfaatkan wadah Internet dan teknologi baru dengan tujuan untuk mengurangkan jejak karbon (carbon footprint).



Langkah ini dapat dicapai dengan penggunaan sistem mesra alam serta mengurangkan percetakan melalui sistem aplikasi digital terkini.



Bagi terus menggalakkan kegiatan dakwah sosial, Masjid Darul Makmur turut merancang beberapa perjalanan program masjid sewaktu kerja-kerja naik taraf dilakukan.



"Walaupun masjid akan terjejas dengan usaha naik taraf ini, kami tetap akan mendekati masyarakat di kejiranan Yishun.



"Malah, kami berhasrat untuk menambah usaha-usaha mendekati masyarakat menerusi kerjasama yang lebih rapat dengan badan akar umbi setempat dah badan-badan kemasyarakatan di Yishun.



"Kami akan anjurkan pelbagai ceramah dan aktiviti-aktiviti seperti pengagihan bantuan keperluan kepada masyarakat yang memerlukan," ujar Encik Izuan.



Sejajar dengan itu, Masjid Darul Makmur turut memanjatkan kesyukuran atas sokongan yang diberikan oleh masyarakat awam sejak projek pengumpulan dana diadakan.



Encik Izuan menambah: "Alhamdulillah, beberapa tahun yang lalu sejak kami mula memberitahu masyarakat tentang usaha ini, sambutan yang diberi amat memberangsangkan.



"Ramai yang menyokong usaha-usaha pungutan dana kami melalui pelbagai wadah.



"Ramai yang datang ke masjid untuk menghulurkan bantuan, menderma dan mewakafkan harta mereka dalam talian.



"Tidak kurang juga penderma yang telah membeli buku Saat Cakerawala Bersujud tulisan mantan Mufti, Ustaz Dr Fatris Bakaram sebagai usaha menyokong projek ini.



"Baru-baru ini, masjid-masjid lain di Kelompok Utara juga telah menyumbang sebanyak $615,000 dalam usaha sepadu masjid-masjid kelompok itu.



"Di samping itu, kami amat berharap masyarakat Islam akan terus menyokong aktiviti-aktiviti dakwah, sosial dan kemasyarakatan di Masjid Darul Makmur.



"Kami juga mengalu-alukan para dermawan untuk terus menyumbang kepada usaha ini supaya jumlah yang disasarkan dapat dicapai.



"Kami akan meningkatkan lagi usaha untuk mengumpul lebih $6 juta yang berupa baki yang masih belum tercapai dan kami percaya masyarakat Islam Singapura akan terus menyokong kami," tambah Encik Izuan.




CARA MENYUMBANG 



- PayNow ke UEN: S87MQ0033J atau pemindahan bank ke akaun semasa OCBC 581-652138001.



- Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.



- Hadir ke Pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (pada waktu pejabat).



- Hubungi pihak masjid di talian 6752-1402 untuk pengambilan dari rumah, dengan jumlah sumbangan melebihi $500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >