Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Rejab: Bulan rahmat dan penuh keagungan

Feb 19, 2021 | 05:30 AM



KITA kini berada di bulan mulia, iaitu bulan Rejab, pertengahan tahun Hijriah 1442.



Ia dikatakan bulan mulia kerana merupakan salah satu bulan suci. Dikira suci kerana dari zaman Jahiliah bulan ini sangat dihormati dengan orang-orang Arab berhenti daripada berperang dan berbunuhan dalam bulan ini.



Allah berfrman dalam Al- Quran ayat 36 surah At Taubah, maksudnya:



"Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan dalam ketetapan Allah, iaitu di hari Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan suci (haram). Demikian adalah agama yang lurus. Maka janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri dalam bulan-bulan itu. Perangilah orang-orang musyrik (yang memusuhi kamu) semua, seperti mereka memerangi kamu semua. Ketahuilah Allah bersama orang-orang yang bertakwa."



JAUHI DOSA



Dengan itu kita dilarang berbuat dosa, khususnya dalam bulan-bulan suci (haram) itu. Melakukan dosa bermakna menzalimi diri sendiri. Justeru kita wajib menghormati, mengagungkan bulan-bulan suci itu dengan banyak beribadat dan tinggalkan dosa-dosa.



Memperbanyakkan ibadat ertinya kita wajib menghindarkan maksiat, kerana orang yang melakukan maksiat ialah orang yang menganiaya dirinya sendiri.



Pelaku maksiat ialah orang yang berdosa.



Orang yang mati memikul dosa akan dimasukan ke dalam neraka jika tidak dapat pengampunan Allah.



Oleh kerana Rejab termasuk bulan-bulan suci (haram), seperti Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, maka kewajipan orang Islam ialah memperbanyak istighfar, bertaubat dan melakukan amal ibadat yang fardu dan yang sunat.



Memang sebaik-baiknya mereka gandakan amal-amal sunah seperti sembahyang sunah, berpuasa sunah, bersedekah.



Di samping itu wajib melakukan kewajipan-kewajipan berbuat baik kepada ibu bapa, saudara mara, jiran dan sekalian manusia.



LATIHAN HADAPI SYAABAN, RAMADAN



Amalan-amalan baik (amar makruf) dan menghindarkan dosa-dosa (nahi mungkar) ialah ibarat menanam benih dan pohon-pohon di bulan Rejab supaya tanaman-tanaman ini akan tumbuh di bulan yang berikutnya (Syaaban) dan akan dituai buahnya di bulan Ramadan kelak.



Inilah sebabnya para ulama dahulu menggalakkan kaum Muslimin supaya beribadat sebanyak-banyaknya dan bertaubat di bulan Rejab ini supaya terlatih untuk menghadapi bulan-bulan berikutnya, iaitu Syaaban dan Ramadan.



Banyak para ulama masa kini mempertikaikan hadis-hadis daif mengenai bulan Rejab. Hadis-hadis ini banyak kita dapati dari mulut para dai dan alim ulama yang lalu.



Umpamanya dalam kitab Nuzhatul Majalis wa Muntakahbun Nafaes tulisan dan susunan Shaikh Abdul Rahman Assafuri atau dalam kitab Durratun Nasihin tulisan dan susunan Shaikh Usman Al Kaibawi, terdapat beberapa hadis yang menerangkan tentang kelebihan bulan Rejab.



Contohnya Asshaikh Assafuri dalam kitabnya menyatakan, 'Aku melihat dalam kitab Albarakah, daripada Nabi s.a.w., sabdanya:



"Sesiapa yang berpuasa hari Khamis (hari Khamis pertama) di bulan Rejab, pasti Allah akan memasukkannya ke dalam syurga''.



Walaupun kesahihan hadis ini diragui oleh pendapat pakar-pakar hadis, tidaklah salah bagi siapa yang mahu mengamalkannya dan ia sebagai galakan bagi orang yang tidak biasa berpuasa pada hari Khamis setiap minggu. Lagipun puasa setiap hari Khamis adalah sunah.



Ini kerana bagi mereka yang mengamalkan puasa setiap Khamis, baginya tidak penting tentang bulan apa yang dia berpuasa, kerana yang utama ialah berpuasa setiap Khamis di awal atau di hujung bulan atau di pertengahan bulan adalah sunah Nabi saw.



Walaupun kita tidak dapat memastikan bahawa hadis ini sahih, yang jelas ialah amalan berpuasa pada setiap hari Khamis adalah baik, beramal dalam bulan suci (haram) lebih baik untuk orang-orang yang mengamalkan ibadat puasa setiap minggu (Isnin dan Khamis).



Di samping itu kita tidak mengiktikadkan bahawa hanya bulan Rejab yang dikehendaki atau dikhususkan berpuasa.



Perawinya dan tukang sebarkannya hanya berniat supaya orang-orang Mukmin yang membacanya bersemangat memperbanyak amal ibadat dan menjauhkan perbuatan maksiat, lebih-lebih kagi bermula dari bulan Rejab sebelum sampai ke bulan Ramadan.



Sebab itu Rasulullah saw berdoa "Berkatilah kami di bulan Rejab dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan".



Pengarang kitab Durratun Nasihin pula membawakan hadis di mana beliau mengatakan sebuah hadis riwayat Al Baihaqi dalam kitab (Syu'bil Limani - dari Anas (Ra), bahawa Nabi saw bersabda:



"Di dalam syurga ada sebatang sungai yang dinamakan sungai rajab. Sungai ini warnanya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan ini, Allah akan memberinya minuman dari sungai ini".



Mungkin hadis ini ialah salah satu hadis palsu. Jika palsu, maka tujuannya ialah baik demi menggalakkan orang-orang Mukmin membanyakakan beribadat, seperti berpuasa dalam bulan ini demi bersedia menghadapi bulan Syaaban dan Ramadan.



Ini ialah kerana menurut riwayat Nabi saw banyak berpuasa (selain bulan Ramadan) dalam bulan-bulan tersebut.



DEMI MASA



Masa adalah sebahagian daripada alam semesta. Allah ialah pemilik alam semesta ini. Bagi Allah ciptaan masa ialah untuk kepentingan makhluk-makhluk-Nya, terutama manusia, supaya mereka boleh mengatur kehidupan mereka sepanjang hayat mereka dengan kebaikan.



Justeru Allah menekankan kepentingan masa seperti firman-Nya dalam surah 'Al-asr:



"Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman, beramal amalan salih, berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".



Perkataan rejab mengandungi tiga huruf iaitu huruf 'ra', huruf 'jim' dan huruf 'ba'.



Huruf 'ra' bolehlah disimbolkan kepada rahmat Allah.



Huruf jim disimbolkan kepada 'juduhu (sifat kemurahan-Nya).



Huruf 'ba' disimbulkan kepada 'birruhu' (kebaikanNya).



Daripada simbol ini, Rejab ialah bulan di mana Allah menurunkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan kebaikan-Nya untuk sekelian hamba- hamba-Nya.



Sementara itu bulan Rejab dikenali dengan bulan Allah mencurahkan rahmat (al asabb), bulan pekak (al asamm ) dan bulan keagungan (attakzim).



Ini dikenali dengan bulan yang Allah curahkan rahmat-Nya kepada manusia; bulan yang tidak bersuara (pekak) kerana ketiadaan suara pedang, tombak dan jeritan bersebab daripada peperangan; dan ia bulan keagungan kerana orang Arab dan Islam memuliakan bulan ini dengan beribadat dan menenangkan dan mengamankan keadaan (tanpa peperangan) serta mengamankan negara dan tanah air tempat mereka hindarkan pembunuhan dan peperangan.



TRANSIT RAMADAN



Di awal tadi saya katakan bahawa bulan Rejab ibarat perbuatan menanam benih-benih pohon untuk dituai di bulan Ramadan.



Juga tidak salah jika saya namakannya sebagai bulan persinggahan atau transit sebelum seorang Mukmin yang musafir meneruskan perjalanan atau pengembaraan ke bulan Ramadan.



Oleh itu tidak dinafikan betapa baiknya jika setiap Mukmin memulakan amal ibadat demi mendapat keredaan Allah dan menghapuskan perbuatan maksiat dengan banyak bertaubat untuk menagih pengampunan Allah.



Bulan Rejab ialah masa yang membakar semangat kepada setiap Mukmin supaya menggandakan amalan-amalannya yang beraih pahala dan mengusahakan langkah membersihkan daki-daki maksiat dalam dirinya.



Itulah fungsi bulan Rejab yang Allah sediakan wadah amal dan taubat untuk orang-orang yang beriman kepada Allah Taala.



  • Penulis lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.


Oleh kerana Rejab termasuk bulan-bulan suci (haram), seperti Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam, maka kewajipan orang-orang Islam ialah memperbanyak istighfar, bertaubat dan melakukan amal ibadat yang fardu dan sunat.



Memang sebaik-baiknya mereka gandakan amal-amal sunah seperti sembahyang sunah, berpuasa sunah, bersedekah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >