Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

IMPIAN DAN ERTI KEJAYAAN BAGI TIGA BELIA

Impian berubah selepas ada anak... dulu bekerja kini suri rumah

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa, Sharifah Ameera Binsemait sedar akan cabaran yang dihadapi golongan sepertinya.



Kehidupan dan hari-hari yang dilalui sama sahaja, dengan kerja yang tidak pernah dapat dihabiskan tanpa hari rehat, cuti sakit, dan gaji.



Mereka jarang dapat melihat, menemui atau berbual dengan ramai orang dewasa lain.



Apabila Covid-19 melanda, kesunyian itu semakin dirasakan, terutama apabila ahli keluarga atau rakan-rakan tidak dapat datang berkunjung, taman permainan ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah kecuali benar-benar perlu.



Semasa pemutus rantaian jangkitan dua tahun lalu itu, Sharifah Ameera menubuhkan wadah everydaymama.co untuk menyokong ibu-ibu yang memilih untuk tidak bekerja dan menjadi suri rumah atau Stay At Home Mums (SAHM) sepertinya.



Di wadah itu, beliau, 31 tahun, menulis pengalamannya sebagai SAHM dan berhubung dengan ibu-ibu lain sepertinya, bukan hanya untuk berkawan tetapi juga supaya ibu-ibu itu tahu yang mereka tidak bersendirian.



"Saya menggunakan wadah itu untuk mengingatkan SAHM bahawa iya ia mencabar, dan kita semua alami ketidakpastian tetapi kita tidak keseorangan," ujar ibu seorang anak berusia dua tahun setengah itu.



Tahun lalu, Sharifah Ameera mendapati yang SAHM perlu memasak lebih kerap apabila ahli keluarga lain bekerja dari rumah dan anak-anak melakukan pembelajaran dari rumah.



Beliau menghasilkan dan menjual buku elektronik (e-buku) dengan lebih 50 resipi untuk seluruh keluarga bagi membantu SAHM merancang sajian mingguan mereka.



Kini wadah everydaymama.co mempunyai lebih 400 ibu.



Sharifah Ameera, yang mempunyai ijazah sarjana muda dalam perhubungan dengan perniagaan dari Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), bekerja dalam bidang perhubungan dan pemasaran selama tujuh tahun sebelum berhenti setelah melahirkan anak.



"Selama yang saya boleh ingat, saya diajar untuk belajar dengan gigih supaya saya mendapat pekerjaan yang baik yang bermakna gaji yang baik. Kemudian bekerja keras selama 30 tahun seterusnya supaya saya ada cukup simpanan untuk menikmati kehidupan apabila saya tua. Kita menyebutnya sebagai 5C pada waktu itu. Apabila saya selesai belajar dan mendapat kerja yang baik gajinya, saya rasa yang saya menjalani Impian Warga Singapura, dan berada di 'laluan yang betul'," kata isteri kepada jurutera teknologi maklumat itu.



Tetapi apabila beliau memutuskan untuk menjadi SAHM, beliau menyedari yang beliau tidak lagi mengimpikan akaun bank yang besar atau mendaki tangga korporat.



"Ia tidak lagi mengenai menyesuaikan diri dalam 'impian' yang ditetapkan oleh orang lain. Ia mengenai mencipta 'impian' saya sendiri dan berusaha gigih untuk mencapainya," kata Sharifah Ameera.



Beliau menambah: "Kebahagiaan mempunyai makna yang berbeza bagi setiap orang. Saya rasa belia hari ini lebih terbuka kepada bentuk kebahagiaan atau 'kejayaan' yang lain dan masyarakat perlahan-lahan semakin menerimanya. Pasti ada ramai ibu-ibu yang gembira bekerja dan menyinar dalam pekerjaan mereka, menyediakan pendapatan itu untuk keluarga mereka. Sama sahaja, ada juga ibu-ibu yang seronok duduk di rumah dan berpuas hati dengan apa yang ada."



"Kebahagiaan mempunyai makna yang berbeza bagi setiap orang. Saya rasa belia hari ini lebih terbuka kepada bentuk kebahagiaan atau 'kejayaan' yang lain dan masyarakat perlahan-lahan semakin menerimanya. Pasti ada ramai ibu-ibu yang gembira bekerja dan menyinar dalam pekerjaan mereka, menyediakan pendapatan itu untuk keluarga mereka. Sama sahaja, ada juga ibu-ibu yang seronok duduk di rumah dan berpuas hati dengan apa yang ada."
- Sharifah Ameera Binsemait, sarjana muda SUSS, bekerja dalam bidang perhubungan dan pemasaran selama tujuh tahun sebelum berhenti setelah melahirkan anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >