Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

BICARA MUFTI

Sabar yang indah...

Aug 25, 2019 | 05:30 AM



SEJAK dari kecil lagi, umat Islam diajar mengenai erti kesabaran.



Walaupun sudah ramai yang mengetahui maksud sabar, namun sebagai manusia biasa, mereka sentiasa lupa untuk mengamalkannya.



Apabila datang ujian dalam kehidupan, kita lupa pegangan asas sehingga tidak mampu menghadapi ujian Allah swt dengan baik sebagai seorang hamba.



Hanya orang-orang yang beriman sahaja yang mampu bersabar di atas ujian yang melanda kehidupan mereka.



Ceramah bertajuk Sabar - - Apakah Kamu Mengaku Beriman Selagi Kamu Belum Diuji? ini disampaikan oleh Mufti Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram di Masjid Hajjah Rahimabi Kebun Limau baru-baru ini.



PENTINGNYA BERSABAR



"Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah 2:153) 



"Orang yang nak kaya, perlu berusaha. Orang yang berusaha, perlu bersabar," kata Mufti.



"Kalau tidak ada kesabaran, mana mungkin mereka akan berjaya dan memperolehi apa yang diidamkan," tambah beliau.



Kejayaan pasti akan datang bersama orang-orang yang bersabar.



Firman Allah:



"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-'Ankabuut: 2)



ALLAH MENGUJI UMAT TERDAHULU



Dalam menghadapi dunia penuh pemodenan, kita sering diuji dengan pelbagai ujian dan masalah.



Namun, sifat sabar telah pun ditunjukkan oleh orang-orang terdahulu yang diuji oleh Allah.



Antara orang-orang yang diuji oleh Allah ialah Nabi Adam as.



Kegagalan Nabi Adam semasa berada di syurga telah membuatkan beliau dan isterinya diturunkan ke dunia.



Semasa berada di dunia, beliau bertaubat dan meminta ampun daripada Allah.



KISAH PERTAMA NABI YA'AKUB



Nabi Ya'akub as yang diuji tentang pembohongan kematian anaknya, Nabi Yusuf, oleh abang-abang Nabi Yusuf sendiri.



Allah berfirman:



"Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka melumurkan baju Yusuf dengan darah palsu.



Bapa mereka berkata:



"Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelok kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jua yang dipohonkan pertolongan-Nya, mengenai apa yang kamu katakan itu," (Yusuf).



Betapa remuknya hati Nabi Ya'akub apabila mengetahui berita dan dakwaan kematian anak yang dikasihinya itu.



Namun, beliau tetap bersabar dengan dakwaan tersebut dan beliau hanya berpasrah kepada Allah.



KISAH KEDUA NABI YA'AKUB



Pada suatu ketika, berlaku kemarau dan Nabi Ya'akub menyuruh anak-anaknya ke istana untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan.



Di sana, anak-anak Nabi Ya'akub bertemu dengan Nabi Yusuf, namun mereka tidak mengecam Nabi Yusuf.



Nabi Yusuf inginkan adik kecilnya untuk tinggal bersamanya.



Beliau melakukan helah dengan meletakkan sesuatu ke dalam karung adiknya, Bunyamin.



Oleh itu, adiknya telah dituduh mencuri dan tidak dibenarkan keluar dari istana.



Abangnya yang sulung juga tidak ingin pulang kerana bimbang akan mengecewakan ayahnya.



Apabila Nabi Ya'akub mengetahui berita itu, beliau tetap bersabar dengan sebaik-sebaik sabar.



Firman Allah dalam surah Yusuf:



(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia:



"(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku.



"Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (12:83)



SABAR YANG INDAH



Sabar bermaksud menahan diri apabila berhadapan dengan ujian yang dihadapinya.



Sabar yang lebih indah ialah sabar yang bukan sekadar bertahan, tetapi bangkit kembali memperbaiki diri dalam mencapai apa jua yang diinginkan.



Untuk memasuki syurga, bukanlah mudah.



Di sebalik ujian untuk orang-orang yang beriman, pasti ada kemuliaan yang akan diperolehinya di dunia dan akhirat.



Makin tinggi darjat seseorang di sisi Allah maka makin hebat ujian yang akan dihadapi olehnya untuk menguji keimanannya.



Oleh itu, kita perlu sentiasa bersabar demi mencapai syurga Allah di akhirat kelak, ujar Mufti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >