Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Sejarah penting dalam Rejab

Feb 10, 2023 | 05:30 AM



SETIAP kali datangnya Rejab, kita diingatkan supaya melebihkan ibadah seperti membaca Al-Quran, solat sunat dan berpuasa sunat.



Ia sesuai dengan kepentingan bulan ini dalam Islam kerana pada bulan ini terdapat peristiwa Israk dan Mikraj, justeru menuntut umatnya supaya menghidupkan bulan ini dengan amalan ibadah.



Keutamaan Rejab dan amalan yang wajar dilakukan dalam bulan ini boleh didapati melalui hadis yang pelbagai.



Terdapat beberapa sejarah penting yang berlaku dalam Rejab.



HIJRAH PERTAMA DALAM ISLAM



Peristiwa ini berlaku pada tahun kelima kenabian Rasulullah saw yakni 615M.



Baginda diperintahkan supaya berhijrah kerana ancaman daripada musuh Islam.



Penghijrahan itu hanya disertai 14 orang, namun ia membantu memakmurkan Islam dan menghindarkan masyarakatnya daripada ancaman seksaan dunia.



ISRAK DAN MIKRAJ



Israk dan Mikraj antara peristiwa terpenting dalam Islam kerana melalui peristiwa ini, perintah solat diberikan.



Perjalanan Rasulullah saw dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa kemudian ke arasy mengambil masa dalam satu malam membuktikan kekuasaan Allah swt.



PERANG TABUK



Peperangan ini berlaku pada tahun ke-9 Hijrah.



Kejayaan peperangan ini menandakan penguasaan Islam sepenuhnya ke atas Semenanjung Tanah Arab kerana wilayah ini terletak di Semenanjung Tanah Arab.



Peperangan ini diketuai oleh Rasulullah saw sendiri dan merupakan perang terakhir Baginda.



Lebih menarik lagi, peperangan ini dimenangi oleh orang Islam tanpa setitik darah pun yang tumpah.



PEMBEBASAN DAN KEJATUHAN BAITULMAKDIS



Baitulmakdis yang mula dibuka pada zaman pemerintahan Khalifah Sayidina Umar Al Khattab ra dan berjaya mempertahankan kota suci ketiga itu selama 500 tahun itu adalah sebagai permulaan kejatuhan Islam.



Selepas itu, kota suci tersebut ditawan kembali oleh musuh Islam dan mereka mempertahankannya selama 50 tahun sebelum Salahuddin Al-Ayyubi merampas semula kota itu pada 27 Rejab 583 Hijrah.



LAHIRNYA IMAM SYAFII



Kelahiran Imam Syafii pada 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi di Gaza, Palestin, sebagai permata yang berharga kepada umat Islam pada hari ini.



Imam Syafii merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan kita umat Islam di Singapura adalah antara yang mengamalkan mazhab Syafii.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >