Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

Sekitar $6j masih diperlukan untuk kos peningkatan

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



LAUNGAN azan yang memecah kesunyian berkumandang di waktu subuh sudah menjadi kebiasaan mereka yang beriadah awal pagi di kawasan Yishun Park.



Malah, kelihatan juga ada yang menggunakan pendingin air (water-cooler) yang disediakan di pintu kawasan masuk Masjid Darul Makmur untuk diminum atau mengisi botol air setelah selesai bersenam.



Ini adalah antara ciri-ciri mesra masyarakat yang disediakan oleh pihak masjid demi menabur ihsan kepada masyarakat di sekeliling.



Masjid Darul Makmur sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja peningkatan yang dijangka akan bermula tidak lama lagi.



Pihak warga kerja masjid mengharapkan sokongan serta sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses berjalan dengan lancar.



Menurut Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, sumbangan dan sokongan ramai amat diperlukan bagi melestarikan impian untuk projek peningkatan yang bakal dimulakan nanti.



"Setakat ini, setengah daripada jumlah yang diperlukan telah dikumpul.



"Kami menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat dan usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini perlu dipertingkat lagi agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai," katanya.



Sewaktu acara Hari Keluarga Masjid Kelompok Utara minggu lalu, satu majlis penyerahan cek oleh masjid-masjid kelompok utara yang memberi sumbangan telah diadakan.



Ia dihadiri oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Masjid Darul Makmur yang sudah dibangunkan selama 34 tahun ini, perlu menjalani kerja-kerja peningkatan berskala besar agar ia dapat memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah.



Ini lebih utama lagi kerana banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan juga sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan juga Canberra.



Setakat ini, masjid dapat menampung sekitar 2,000 jemaah setiap waktu dan pihak masjid merancang untuk menambah kapasiti ruang solat kepada lebih dari 3,500 jemaah.



Buat masa ini juga, terdapat 1,000 pelajar madrasah aLIVE yang mengikuti program madrasah mingguan.



Selain memastikan ruang masjid kondusif, fokus utama sewaktu peningkatan adalah mewujudkan kelas pengajian yang lebih selesa dan ruang yang mudah digunakan oleh warga emas.



Antara peralatan yang perlu diperbaiki pihak masjid ialah peralatan sistem audio visual.



"Sistem ini menjadi salah satu alat yang penting di masjid, terutama sekali sewaktu solat, kuliah-kuliah agama dan aktiviti-aktiviti lain.



Penggunaan alat audio seperti pembesar suara, mikrofon dan skrin monitor pada setiap hari sepanjang tahun telah menyebabkan beberapa kerosakan teknikal yang tidak dapat dielakkan.



Isu-isu pendawaian dan pembesar suara yang tidak jelas untuk mendengar apa yang disampaikan semasa kuliah-kuliah juga sering berlaku.



Dengan adanya sistem visual yang baik juga, pihak masjid merancang untuk menyiapkan skrin terjemahan khutbah Jumaat kepada bahasa lain agar mereka yang tidak fasih berbahasa Melayu dapat bersama-sama menghayati kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan pada setiap minggu.



"Kami berharap agar masyarakat di Yishun khususnya, serta seluruh masyarakat Islam di Singapura secara amnya, dapat memberikan sokongan dan sumbangan derma untuk menyokong projek peningkatan Masjid Darul Makmur yang akan bermula tidak lama lagi.



"Masjid ini masih memerlukan sekitar $6 juta untuk projek kos peningkatan ini," kata Encik Izuan.




"Setakat ini, setengah daripada jumlah yang diperlukan telah dikumpul.
Kami menerima sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat dan usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini perlu dipertingkat lagi agar jumlah dana yang kami sasarkan dapat dicapai...
Kami berharap agar masyarakat di Yishun khususnya, serta seluruh masyarakat Islam di Singapura secara amnya, dapat memberikan sokongan dan sumbangan derma untuk menyokong projek peningkatan Masjid Darul Makmur yang akan bermula tidak lama lagi.''
- Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais.




CARA MENYUMBANG



Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui kaedah berikut:



- PayNow ke UEN: S87MQ0033J atau pemindahan bank ke Akaun Semasa OCBC 581-652138001.



- Melalui cek atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.



- Hadir ke pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (pada waktu pejabat).



- Hubungi pihak masjid di talian 6752-1402 untuk pengambilan dari rumah, bagi jumlah sumbangan melebihi $500.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >