Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Semua pihak perlu kerjasama elak penceraian walau ia dibenarkan agama

Dec 27, 2019 | 05:30 AM



SETIAP pasangan yang berkahwin, pasti menginginkan kehidupan rumah tangga yang bahagia dan harmoni.



Perkahwinan adalah bentuk penyatuan dua hati yang sangat dituntut dalam Islam.



Menerusi hubungan inilah lelaki dan wanita mula belajar berkongsi kasih sayang, pandangan, idea dan seluruh kehidupan mereka yang dulunya hanya diketahui keluarga dan kenalan rapat.



Dalam membina hubungan suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya sentiasa seimbang, mewujudkan toleransi dan berpegang kepada tanggungjawab.



Namun, masyarakat hari ini dilanda dengan penceraian.



Bagi merungkai permasalahan ini, Ustazah Dr Sakinah Saptu dan Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah mengupas ceramah bertajuk "Dulu Sayang, Kini Melayang" sempena acara Ekspo Halal Antarabangsa 2019 dan Dunia Muslimah baru-baru ini.



Ia dikendalikan oleh moderator Shahib Amin, 34 tahun, yang merupakan pengurus kepada Syukran.com.



PENCERAIAN PADA ZAMAN RASULULLAH



Ustazah Sakinah telah menghuraikan tentang situasi penceraian yang pernah berlaku pada orang-orang yang hebat di zaman Nabi Muhammad saw.



Peristiwa yang berlaku pada Sayidatina Khadijah ra merupakan contoh terdekat yang boleh diambil sebagai iktibar.



Sebelum Saidatina Khadijah ra berkahwin dengan Rasulullah saw beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali.



Contoh kedua pula boleh dilihat melalui perkahwinan anak angkat Nabi Muhammad saw iaitu Zaid bin Haritsah dan Zainab binti Jahsy.



Setelah bernikah, mereka berdua merasakan tidak ada kesefahaman antara satu sama lain.



Akhirnya, Zaid bin Haritsah memilih keputusan untuk bercerai dengan Zainab binti Jahsy.



Selepas itu, Nabi Muhammad saw telah mendapat perintah daripada Allah untuk berkahwin dengan Zainab melalui malaikat Jibril as.



Adat sebelum Islam menegah sebarang hubungan perkahwinan antara lelaki dengan bekas isteri kepada anak angkat atau tidak membenarkan untuk mengahwini bekas menantu sendiri.



Namun, Allah swt telah menurunkan perintah untuk Rasulullah mengahwini Zainab bagi memecahkan norma kebiasaan dan adat orang Arab.



Kemudian, Zainab binti Jahsy telah dilamar oleh Rasullah saw.



CERAI KERANA TAKUT DERHAKA



Jelas Ustazah Sakinah lagi, "isteri kepada seorang sahabat nabi iaitu Thabit bin Qais pernah berjumpa dengan Nabi saw dan menyatakan bahawa beliau tiada perasaan terhadap suaminya lagi."



Nabi Muhammad saw mengizinkan perpisahan tersebut. Kenapa? Bukan kerana agama atau akhlak, tetapi isteri Thabit bin Qais bimbang, jika beliau tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri.



"Bimbang derhaka kepada suaminya, maka jalan keluar yang terbaik adalah melalui penceraian," ujar Ustazah Sakinah lagi.



PUNCA PENCERAIAN ZAMAN SEKARANG



Sebagai seorang peguam syariah, Encik Abdul Rahman mengakui bahawa kewujudan isu yang kurang menyenangkan menjadi asas kepada punca kes penceraian masyarakat.



"Bagi saya, penceraian mempunyai trend yang tersendiri dalam kalangan anak muda, mahupun golongan yang berusia.



"Kebanyakan pasangan yang lebih berumur akan bercerai akibat kes kecurangan, nafkah, dan sebagainya. Namun, pasangan muda pula bercerai kerana trend yang berlainan.



"Baru-baru ini, saya mendapati bahawa ramai anak-anak muda bercerai kerana masalah komunikasi antara keluarga mertua.



"Saya melihat ramai pasangan yang sudah berumah tangga tinggal di rumah keluarga mentua, sementara menunggu pembelian rumah sendiri.



"Ianya menjadi satu masalah yang domestik kerana akan timbul isu pengurusan dan harapan dari keluarga mentua yang tidak dapat dipenuhi oleh menantu sendiri.



"Malahan, peranan pihak luar yang cuba menjadi batu api turut menjadi punca kepada penceraian," jelas Encik Abdul Rahman.



Walaupun penceraian dibenarkan dalam Islam, namun semua pihak perlu bekerjasama dan mengambil langkah awal bagi mengelakkan ketegangan dalam rumah tangga.



Oleh itu, ambillah iktibar daripada kisah sahabat Rasulullah dan menilai cara terbaik berkomunikasi dengan pasangan masing-masing, ujar Ustazah Sakinah.




BIODATA



- Ustazah Dr Sakinah Saptu, 37 tahun, merupakan pendakwah bebas yang memiliki kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang hadis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



- Encik Abdul Rahman Mohd Hanipah, 36 tahun, pula memiliki ijazah dalam bidang Undang-Undang dan bekerja sebagai pengarah urusan di Abdul Rahman Law Corporation.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >