Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Ubati penyakit zahir dan batin dengan sedekah

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



Drs Ahmad Dahri, 62 tahun, seorang penceramah bebas yang berkelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Sumatera Utara, Indonesia dan melanjutkan pengajian di Darul Ulum Makkah di Arab Saudi dalam bidang bahasa Arab.



Beliau juga memiliki ijazah dari Universiti Al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi dalam bidang Syariah.



Beliau mendalami ilmunya dengan mengikuti kursus ijazah Sarjana Universitas Al-Washliyah (Univda) Sumatera Utara, Indonesia.



DALAM merentasi kehidupan alam duniawi, pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi termasuklah kesakitan dan kesusahan.



Walaupun penawar kepada sesuatu penyakit sudah ditemui, namun sebenarnya terdapat 'ubat' lain yang boleh diamalkan untuk mengubati apa jua penyakit sekali pun.



HARTA YANG KOTOR



Rasulullah saw pernah menyatakan, sabda baginda yang berbunyi:



"Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa." (HR. Thabrani)



Semasa menyampaikan ceramah melalui Facebook Masjid An-Nahdhah, Ustaz Ahmad Dahri menyebut:



"Harta yang berpenyakit bermaksud harta yang tak dikeluarkan zakat daripadanya. Harta itu langsung menjadi kotor.



"Cara terbaik untuk mengubati harta yang kotor adalah melalui pengeluaran wang zakat kerana zakat itu sendiri membawa maksud 'membersihkan'.



"Jadi, ubatilah penyakit harta dengan menunaikan zakat."



SEDEKAH UBATI PENYAKIT



Ustaz Ahmad Dahri berkata Nabi saw juga berpesan untuk ubati penyakit melalui sedekah.



Walaupun ulama berpendapat bahawa penyakit yang boleh diubati dengan bersedekah ini hanyalah penyakit batin, tetapi Nabi saw tidak menyebut perkataan 'batin' secara khusus.



Oleh itu, amalkan amalan bersedekah, nasihat ustaz.



"Selain berikhtiar dengan ubat-ubatan klinikal, jangan lupa untuk berubat dengan cara yang diajar oleh agama Islam itu sendiri. Gabung-gabungkan kedua-dua usaha ini, insya-Allah, ikhtiar kita akan diberkati.



"Perbanyakkan sedekah, bukannya banyak harta baru sedekah. Ertinya, perbuatan sedekah tidak tertakluk kepada kekayaan seseorang. Sebab, sedekah itu tidak semestinya dengan harta sahaja, tetapi bentuk doa juga menjadi sedekah.



"Contohnya, kita membaca Al-Quran, kita hadiahkan pahala sedekah kepada orang sakit atau orang yang telah meninggal dunia. Dengan izin Allah swt, sedekah akan membersihkan penyakit-penyakit kita," hurai ustaz.



DOA MALAIKAT UNTUK PEMBERI SEDEKAH



Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda maksudnya:



"Tidaklah para hamba berada di pagi hari, melainkan pada pagi itu terdapat dua malaikat yang turun. Salah satunya berdoa, "Ya Allah, berikanlah ganti atau balasan di akhirat kepada orang yang berinfak", sedang yang lain berkata, "Ya Allah, berikanlah kebinasaan (harta) kepada orang yang menahan (hartanya)." (HR. Al-Bukhari; Muslim)



Lanjut ustaz lagi:



"Ini ialah doa malaikat yang dikhususkan kepada orang yang rajin bersedekah dan orang yang kedekut dengan hartanya.



"Mereka yang suka bersedekah akan didoakan oleh malaikat dengan balasan yang baik. Manakala, mereka yang bakhil akan didoakan dengan kemusnahan.



"Ternyata sudah ada ubat yang disediakan oleh Islam untuk mengubati penyakit zahir, mahupun penyakit batin. Maka, ambillah imbalan ini sebagai satu peluang untuk membersihkan diri daripada kekotoran yang melanda."



SEDEKAH BUKA PINTU REZEKI



Nabi saw pernah bersabda: "Turunkanlah (datangkan) rezekimu daripada perbuatan bersedekah.



Ustaz menjelaskan kebiasaannya, rezeki yang terbayang dalam kepala ialah duit yang banyak.



Namun, kebanyakan kita lupa bahawa kesihatan juga adalah satu bentuk rezeki.



"Apalah gunanya wang yang berkepuk-kepuk, kalau tuan punya badan mempunyai penyakit fizikal?



"Kebanyakan orang kampung pula sering dilihat berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.



"Bayangkan kalau mereka sudah berasa dalam kemiskinan, tetapi ditimpa pula dengan ujian kesihatan. Pasti ia akan menyusahkan kehidupan. Sebab itu, Allah swt kurniakan rezeki dari segi kesihatan kepada mereka.



"Jelaslah, rezeki bukan hanya daripada 'fulus', tetapi ia meliputi segala bentuk kesihatan, kebahagiaan, kejayaan, keamanan, dan apa jua kesenangan yang dikurniakan oleh Allah swt. Bersedekahlah untuk menambah rezeki dalam kehidupan," jelas ustaz.



TIP MUDAH BERSEDEKAH



Ustaz berkongsi, seandainya kita memiliki gaji pada tiap-tiap bulan, cubalah sediakan satu tabung kecil di rumah.



Berazamlah untuk memasukkan duit ke dalam tabung itu secara konsisten. Tidak perlu banyak, cukuplah sekadar $2 hingga $3 pada setiap hari.



"Sedekah sebegini tidak akan mengurangi wang belanja, malah menambahkan rezeki kita. Jadi, niatkan sedekah untuk masjid atau orang yang kurang berkemampuan."



"Cara ini sangat mudah, tetapi perlu berterusan kerana Nabi saw pernah bersabda bahawa amal ibadah yang dicintai Allah swt adalah amalan yang sedikit, tetapi berterusan," kata ustaz.




Drs Ahmad Dahri, 62 tahun, seorang penceramah bebas yang berkelulusan dalam bidang Syariah dari Universiti Islam Sumatera Utara, Indonesia dan melanjutkan pengajian di Darul Ulum Makkah di Arab Saudi dalam bidang bahasa Arab.



Beliau juga memiliki ijazah dari Universiti Al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi dalam bidang Syariah.



Beliau mendalami ilmunya dengan mengikuti kursus ijazah Sarjana Universitas Al-Washliyah (Univda) Sumatera Utara, Indonesia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >