Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PENULARAN VIRUS WUHAN

Usah menghukum, sebaliknya cari huraian bantu tangani wabak

Jan 31, 2020 | 05:30 AM



"JIKA kamu mendengar taun di sesuatu tempat, jangan kamu pergi kepadanya. Jika berlaku di sesuatu tempat sedangkan kamu berada di situ, jangan kamu keluar daripadanya."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).



Ini adalah peringatan hebat bagi seseorang yang beriman; bahawa pokok tunjang iman itu adalah membawa kebaikan yang menyeluruh.



Ekoran hadis ini Sayidina Umar membatalkan hasratnya ke tempat itu, soalnya ke mana?



Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wa Al Nihayah menulis peristiwa itu terjadi ketika dia membuat perancangan ke bumi Syam.



Iya! Bumi barakah Syam yang pernah Allah rakamkan keberkatannya dalam surah Al-Qadr.



Inilah sesuatu yang perlu dibetulkan dalam masyarakat kita, bahawa setiap sesuatu itu terjadi dengan izin Allah, di waktu kita sedang terasa perit sengsara saudara seiman kita janganlah pula kita menghukum dengan mengatakan bala itu datang ekoran ketidakadilan yang dilakukan sesuatu pihak



AMWAS DAN WUHAN



Taun yang membunuh lebih 25,000 orang termasuk para sahabat Rasulullah saw ini antara rentetan terpenting dalam sejarah Islam, terjadi di Kota Amwas, Palestin, sejurus setelah penaklukan kota tersebut oleh Khilafah Ar-Rasyidin.



Peristiwa ini menjadi antara rujukan terpenting dalam melihat bagaimana Islam menyingkapi isu wabak, para bijak pandai memberikan sebab utama kejadian itu adalah isu kebersihan dan haiwan liar yang tidak ditangani dengan baik.



Saya secara peribadi berpendapat bahawa inilah yang disampaikan oleh Allah swt di dalam Al-Quran yang maksudnya:



"Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari kesalahan-kesalahanmu (surah As-Syura 30)".



Musibah itu adalah daripada perlakuan manusia, dampak perbuatan itu terjadi dengan izin Allah, itupun hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan perbuatan buruk manusia yang banyak seperti pembaziran air, pembuangan gas yang menjejas perubahan iklim dan banyak lagi yang mengakibatkan kerosakan kepada muka bumi ini



Oleh itu selain menuding jari, menuduh dan mencari kesilapan, orang yang beriman itu seharusnya menyingsing lengan untuk mencari huraian dan berada di garis hadapan untuk melawan wabak ini



Saya suka mengambil kesempatan ini juga untuk memberikan penghormatan kepada para pekerja kesihatan; para doktor dan jururawat yang meletakkan jiwa mereka demi membantu pesakit dan membendung penularan virus ini.



Ini juga harus menjadi pemangkin kepada para anak-anak muda untuk menceburi bidang mulia ini dan mengetahui bahawa kerja mereka itu adalah ibadah yang besar disisi agama.



AMALAN MENANGANI WABAK



Di waktu genting seperti ini terlalu banyak maklumat yang dikongsi di ruangan sosial media yang kadangkala diragui kesahihannya, maka daripada itu rujuklah kepada para asatizah yang bertauliah untuk memastikan bahan dan amalan yang kita dapat itu datang dari sumber yang sahih dan dipercayai



Saya tukil Shaykh Muhammad Al-Ya'qoubi



dalam kicauan Twitter beliau beberapa hari yang lalu: "Untuk melindungi kesihatan anda dari epidemik seperti koronavirus, anda haruslah mengikuti peraturan kesihatan. Ini adalah pendapat Islam. Tidak cukup hanya dengan berdoa kepada Tuhan untuk perlindungan. Doa anda haruslah diikuti dengan langkah yang sepatutnya koronavirus."



Waktu sebegini mari kita ikut langkah berjaga-jaga yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan bersama menitikberatkan kebaikan.



Semoga negara kita dilindungi dari perkara yang tidak diingini.




  • Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin adalah lulusan Institut Abu Nour, Syria (Diploma Syariah) dan CEO, Kembaraustaz.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >