Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Kepelbagaian bakat dalam masyarakat perkukuh Team Singapore

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kepelbagaian bakat dalam masyarakat perkukuh Team Singapore

Dec 23, 2021 | 05:30 AM

PENCAPAIAN individu daripada pelbagai bidang yang diraikan dalam Anugerah Jauhari sepanjang 23 tahun lalu mencerminkan bakat yang rencam dalam masyarakat, kata Editor Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat Abdul Rahman.

"Kepelbagaian bakat dalam masyarakat Melayu, seiring mereka daripada masyarakat lain, menjadikan Team Singapore satu pasukan kukuh yang bersedia menangani cabaran global dan merebut peluang yang datang," kata Encik Saat.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian Anugerah Jauhari anjuran Berita Harian di Hotel Grand Hyatt malam tadi.

Tahun ini, Cik Shirin Abdul Hamid, yang bakal menjawat ketua pegawai maklumat dan pengarah jabatan teknologi maklumat (ITD) di Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), dinobat sebagai Jauhari.

Anugerah Jauhari tahun ini turut disampaikan kepada keluarga Allahyarham Sarkasi Said untuk mengenang sumbangan seniman dan tokoh batik tersohor Singapura itu. Beliau meninggal dunia pada Oktober lalu.

Anugerah Jauhari Harapan pula diberikan kepada pelawan pedang Kiria Tikanah Abdul Rahman, yang mencatat kemenangan pertama Singapura dalam lawan pedang di Sukan Olimpik tahun ini.

Dalam ucapannya di majlis semalam, Encik Saat mengimbas penerima Anugerah Jauhari terdahulu yang terdiri daripada usahawan, aktivis bantuan kemanusiaan, ahli sukan, pereka fesyen, asatizah, aktivis masyarakat, serta karyawan dalam pelbagai bidang.

"Harapan saya agar penerima Jauhari yang dahulu dan sekarang serta Anugerah Jauhari Harapan yang diperkenalkan pada 2014, akan terus menjadi inspirasi kepada kita semua," ujar Encik Saat.

Katanya lagi, cabaran daripada pandemik Covid-19 amat dirasakan oleh masyarakat, termasuk perniagaan dan pekerja.

Namun, dalam dua tahun yang lalu, masyarakat telah menggembleng tenaga untuk menyokong satu sama lain dalam masa yang mencabar ini.

BH juga telah memainkan peranan dengan pelbagai cara, kata Encik Saat.

Apabila banyak kegiatan sosial dan keagamaan dihadkan disebabkan Covid-19, BH meningkatkan usahanya dalam talian untuk mendekati masyarakat.

BH juga bergabung tenaga dengan pertubuhan dalam masyarakat contohnya untuk menyokong syarikat kecil dan sederhana (SME) serta perniagaan di rumah yang terjejas dengan pandemik.

Akhbar ini juga menyokong usaha di bawah rangka kerja M Kuasa Tiga (M3).

"Sedang kami berubah, kami akan terus meluaskan pendekatan kami menjangkau platform media menerusi forum dan dialog. Kami akan melakukannya dengan meningkatkan dan meluaskan kerjasama," kata Encik Saat.

Encik Saat turut menyentuh tentang cabaran yang dihadapi dalam industri media yang turut terjejas oleh kemajuan teknologi sejak beberapa tahun lalu.

Ruang dalam talian yang tidak bersempadan juga bermakna media berita setempat perlu bersaing bukan sahaja dengan pertubuhan berita antarabangsa, bahkan penyedia hiburan dan kandungan dijana pengguna.

"Namun, BH terus kekal berpandangan ke depan sedang kami berusaha gigih untuk meneruskan transformasi, khususnya dari segi digital. Saya berharap kami akan dapat meraih sokongan anda sedang kami bekerjasama dan terus mengatasi cabaran, meraikan pencapaian, dan mengiktiraf sumbangan," ujarnya.


FAIRPRICE BANGGA BERI SOKONGAN BERTERUSAN KEPADA USAHA IKTIRAF INDIVIDU

"FairPrice Group berbangga memberikan sokongan berterusan kepada anugerah bermakna ini dalam mengiktiraf individu yang telah membuat sumbangan besar kepada masyarakat dan menyentuh kehidupan yang lain menerusi kelainan yang mereka telah lakukan.

"Sedang kita meraikan pencapaian penerima anugerah ini, kami berharap untuk juga memberi inspirasi kepada lebih ramai orang dalam mengejar kecemerlangan sementara memberi kesan positif terhadap masyarakat kita."
- Ketua Pegawai Pemerolehan FairPrice Group, Encik Tng Ah Yiam

"Kepelbagaian bakat dalam masyarakat Melayu, seiring mereka daripada masyarakat lain, menjadikan Team Singapore satu pasukan kukuh yang bersedia menangani cabaran global dan merebut peluang yang datang.

...Harapan saya agar penerima Jauhari yang dahulu dan sekarang serta Anugerah Jauhari Harapan yang diperkenalkan pada 2014, akan terus menjadi inspirasi kepada kita semua.''
- Editor BH/BM, Encik Saat Abdul Rahman.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3