Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Mesra agih beg bagi pekerja barisan depan jaga diri

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mesra agih beg bagi pekerja barisan depan jaga diri

Projek Perca-Perca akan edarkan 2,888 beg berisi keperluan seperti pelitup, sanitasi tangan, tisu antiseptik dan snek
Jan 24, 2022 | 05:30 AM

SEBANYAK 188 beg yang direka dan ditampal dengan perca khas, diedarkan kepada pekerja barisan hadapan seperti penghantar makanan dan pekerja pembersihan di Our Tampines Hub semalam.

Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) telah bekerjasama dengan Kelab Masyarakat Tampines Central dalam satu projek masyarakat yang dinamakan Perca-Perca oleh Mesra bagi mengedarkan beg penjagaan.

Tujuan utama pengedaran beg-beg itu adalah bagi melahirkan penghargaan kepada wira masyarakat, yang seringkali ramai terlepas pandang tentang pengorbanan, dedikasi dan komitmen mereka semasa pandemik ini.

Semalam merupakan hari kedua pelancaran projek masyarakat itu dan kali pertama Mesra menganjurkan projek Perca-Perca.

Projek itu akan mengedarkan sebanyak 2,888 beg penjagaan kepada golongan yang memerlukan bermula kelmarin hingga 6 Februari.

Setiap beg bernilai sekitar $10 dan diisi dengan keperluan harian seperti pelitup muka, pensanitasi tangan, tisu antiseptik selain biskut, limau dan kacang sebagai snek.

Ini merupakan tahun ke-4 Mesra mengadakan acara kebajikan bagi orang awam sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Turut menjayakan projek itu adalah 30 relawan yang merangkumi 19 belia dari Mesra, Persatuan Muhammadiyah, persatuan Muslim NurIkhwan dari Politeknik Temasek, Kelana Purba dan bakinya pula dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Tampines Central dan Mesra.

Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam, yang juga Penasihat Belia Mesra turut hadir dan membantu relawan mengedarkan beg-beg penjagaan ke pekerja barisan hadapan.

"Khususnya semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, kami akan lakukan sesuatu bagi memperingati sambutan tersebut.

"Ini juga mencerminkan jalinan hubungan dalam masyarakat kita tanpa mengira kaum," ujar Cik Rahayu.

Menurutnya, Perca-Perca adalah satu usaha bermakna kerana melaluinya beliau dapat mlihat golongan belia turut tampil membantu.

"Projek ini penting kerana kami dapat melahirkan penghargaan dan juga mengiktiraf pekerja barisan hadapan yang ramai mungkin terlepas pandang.

"Penghantar makanan dan pekerja pembersihan seringkali meletakkan diri mereka dalam risiko yang tinggi ketika bekerja," jelas beliau.

Antara penerima beg itu ialah penghantar makanan Encik Muhd Imran Khalid, 27 tahun.

"Saya tidak sangka menerima beg ini, dan saya rasa dihargai kerana kami juga adalah pekerja barisan hadapan.

"Dengan isi dalam beg ini, saya akan kongsi dengan keluarga nanti," ujar beliau yang telah bekerja sebagai penghantar makanan sejak permulaan Covid-19 pada 2020.

Menyentuh tentang rancangan masa depan Mesra, Cik Rahayu berkata, pihaknya masih mengambil sikap berhati-hati dalam membuka semula kegiatan dan acara kepada orang ramai.

Banyak yang perlu dirancang dan diatur ekoran pandemik kini.

"Dengan meningkatnya kes koronavirus, kami masih mengawasi dan prihatin tentang acara masa depan kami.

"Oleh itu, kami akan terus memikirkan cara-cara untuk teruskan usaha Mesra... Kami akan teruskan lebih acara hibrid di mana setengah di tempat fizikal dan setengah lagi di alam maya.

"Selain itu, kami harus menggunakan ruang yang lebih besar untuk menjaga jarak selamat. Mungkin juga melihat kepada ujian praacara," tambah beliau.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3