Bufet
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bufet Swensen’s kini hingga 2 pagi di T2 Lapangan Terbang Changi

Oct 9, 2025 | 5:32 PM
aiskrim, gelato,  Swensen’s Unlimited Supper, lapangan terbang changi
Terdapat 48 pilihan aiskrim dan ‘gelato’ boleh dinikmati di Swensen’s Unlimited Supper pada setiap Jumaat dan Sabtu dari 10 malam hingga 2 pagi di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi. - Foto SWENSENS

Bagi peminat makanan lewat malam, bufet Swensen’s Unlimited Supper kini kembali di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi.

Bufet popular ini menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang tersedia setiap Jumaat dan Sabtu dari 10 malam hingga 2 pagi, pesanan terakhir pada 1.30 pagi.

Harga yang dikenakan ialah $29 untuk pelanggan dewasa dan $15 bagi kanak-kanak dan para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tanpa had dengan tersedianya stesen ‘live’.

Antara hidangannya ialah, stesen Bubur Teochew, menampilkan bubur kosong dan bubur keledek bersama lauk seperti telur masin, tauhu sayur asin, dan ikan kukus.

Di stesen hidangan panas, nikmati hidangan klasik seperti mi goreng, ayam masala, nasi lemak dan prata segar yang disediakan secara langsung di hadapan pelanggan.

Tidak cukup dengan semua itu, pelanggan boleh mencuba juga hidangan Peranakan seperti ayam kari Nonya dan udang asam, serta stesen popiah segar dan nasi kari ayam gunting.

Pelanggan boleh mengakhiri malam dengan manisan seperti cheng teng, sup bijan hitam dan pelbagai kuih-muih tradisional.

Bufet Swensen’s ini juga terkenal dengan 48 pilihan aiskrim dan gelato yang boleh dinikmati para pengunjung.

Swensen’s Unlimited (Supper Buffet)
Alamat: Terminal 2, #01-03, 60 Airport Boulevard Singapore Changi Airport, Arrival Hall, Singapura 819643
Waktu Operasi:
  • Jumaat dan Sabtu, 10 malam hingga 2 pagi

Get therelocation-icon
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg