Kaki Makan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cef ‘Pasta Nerd’ perkenal kepelbagaian seni pasta dengan kerjasama Hotel JEN

Dec 19, 2025 | 6:57 PM
Singapura, Pasta Nerd, Hotel Jen, pasta, Chef Muhammad Imran Sani
Cef Muhammad Imran Sani, yang lebih dikenali sebagai Pasta Nerd, mengetengahkan pelbagai jenis pasta yang jarang ditemui, seperti pasta kering ‘orecchiette’, ‘trofie’ dan ‘lorighittas’. Antaranya ialah pasta ‘Tortelli Piacentini’ dan ‘Agnolotti’. - Foto BH oleh DESMOND WEE

Jika sebut tentang pasta, pasti ramai yang sudah kenali jenis pasta seperti spageti dan ravioli yang biasanya dihidangkan di banyak restoran makanan Barat.

Namun, Cef Muhammad Imran Sani, 45 tahun, atau lebih dikenali sebagai Pasta Nerd, ingin orang ramai tahu bahawa makanan asal Italy itu sebenarnya mempunyai ratusan bentuk yang berbeza, dengan teknik pembuatan yang pelbagai.

“Dalam masyarakat kita, kita sudah terbiasa dengan spageti dan ravioli. Tapi di luar sana ada ratusan bentuk pasta yang orang tidak tahu, seperti orecchiette, trofie dan lorighittas,” katanya.

Menyelami dunia seni membuat pasta, Cef Imran – seorang lulusan diploma dalam jurusan teknologi infokomunikasi multimedia dan tiada pendidikan kulinari formal – berusaha belajar sendiri sehingga mahir membuat pelbagai jenis pasta yang unik dan jarang dilihat.

Bagi beliau, pembuatan pasta merupakan satu seni buatan tangan yang menuntut kesabaran, ketelitian dan masa.

Kini, hasil seninya diperkenalkan kepada orang ramai menerusi kolaborasi eksklusif bersama restoran J65 di hotel JEN Singapore Tanglin by Shangri-La, membuka mata pelanggan bahawa pasta bukan sekadar makanan Barat yang ringkas.

Antara hidangan yang boleh dinikmati pelanggan ialah Tortelli Piacentini Con La Coda, pasta unik dari kawasan Piacenza, Italy.

Bentuk pasta itu seperti ada ‘ekor’ dan diisi dengan keju ricotta buatan sendiri, bayam dan keju parmesan. Ia disajikan bersama mentega perang dan daun sage.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg