Jenama pencuci mulut tempatan, Cat & the Fiddle, memperkenalkan rangkaian manisan baru sempena perayaan ini yang sesuai dijadikan hadiah atau dinikmati bersama-sama.
Tumpuan utama ialah Dark Chocolate Log Cheesecake, $60.90. Logcake (yang bentuknya seperti kayu balak) seberat 780 gram itu kelihatan seperti hiasan meja perayaan.
Lapisan asasnya adalah kek coklat yang lembut, diikuti feuilletine, iaitu kepingan rangup yang memberi kontras kepada tekstur.
Bahagian dalamnya diisi dark chocolate chantilly serta salted caramel crispy pearls menjadikannya gabungan rasa coklat gelap yang pekat, tidak terlalu manis, dan mempunyai nota pahit manis yang seimbang.
Tekstur salted caramel crispy pearls ialah bebola kecil rangup seakan-akan rice puffs.
Terdapat juga terasa sedikit masin daripada karamel supaya rasa kek itu kekal sedap tetapi tidak memuakkan.
Seluruh logcake disalut dengan mousse keju coklat gelap serta sos coklat berkilat, serutan coklat, dan hiasan mutiara emas kecil.
Cat & The Fiddle juga menawarkan biskut eksklusif seperti Parmesan Thyme Cookies, $20.90, yang mepunyai rasa masin beraroma keju parmesan dengan sedikit herba thyme. Rasanya lemak, wangi dan enak.
Biskut terkenal, Dark Chocolate Sea Salt Cookies, $20.90, seimbang antara manis, pahit yang ringan, dengan sentuhan garam yang menaikkan rasa coklat.
Pencuci mulut dari Cat & The Fiddle boleh didapatkan dalam talian dan juga di kedai mereka.
Alamat: 180 Kitchener Road, #02 - 50, Singapura 208539
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat dan Ahad, 11 pagi hingga 10 malam, Sabtu, 11 pagi hingga 9.30 malam


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg