Topik diikuti
Pergi ke BHkuMon Chinese Beef Roti dan Golden Bao rebut selera pelanggan
Mon Chinese Beef Roti dan Golden Bao rebut selera pelanggan
Mon Chinese Beef Roti dan Golden Bao rebut selera pelanggan
Selepas mencetuskan ‘fenomena’ dengan populariti beef roti di Kuala Lumpur dan pelanggan sanggup beratur sehingga 30 minit, Mon Chinese Beef Roti kini terus mengembangkan pengaruhnya di Singapura menerusi dua cawangan di VivoCity dan Westgate.
Dimulakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, jenama itu terkenal dengan roti yang dibuat setiap hari menggunakan doh berlapis yang dilipat berulang kali bersama minyak sebelum diisi dengan daging lembu atau ayam cincang berempah, kemudian digoreng sehingga garing keemasan.
Di Singapura, roti ayam dijual pada harga $4.50 manakala roti daging lembu berharga $5 sekeping.
Sambutan menggalakkan daripada pelanggan di VivoCity turut mendorong pembukaan cawangan kedua di Westgate. Pelanggan yang beratur seringkali memesan lebih daripada satu keping supaya berbaloi masa yang diluangkan untuk beratur dan menunggu.
Roti ini dimulakan dari masyarakat Islam Hui di wilayah Xian di barat laut China itu.
Pada 2025, jenama tempatan, Golden Bao, turut meraih perhatian menerusi roti daging lembu dan ayam buatan tangan yang sering menjadi pilihan pengunjung di bazar Ramadan serta acara seperti CelebFest, Twilight: Flea & Feast dan MakBesar.
Snek tersebut diilhamkan daripada Shaobing, iaitu roti bulat tradisional China yang diisi dengan daging cincang, daun bawang dan bawang merah sebelum digoreng sehingga garing.
Menurut salah seorang pengasas Golden Bao, Encik Rashid Rahim, sambutan terhadap beef roti menunjukkan pelanggan semakin terbuka untuk mencuba makanan jalanan halal dari pelbagai budaya.
Golden Bao menjual roti daging lembu pada harga $10 bagi satu keping atau $18 bagi dua keping, manakala roti ayam berharga $9 bagi satu keping atau $16 bagi dua keping. Pelanggan juga boleh menambah minyak cili buatan sendiri pada harga $1 untuk menaikkan lagi rasa.
Jenama itu diusahakan dengan Encik Suhari Mustaffa, yang juga mengendalikan beberapa jenama makanan dan minuman tempatan termasuk The Shakehouse, Mas Ayu serta Warung Samaarah yang bakal dibuka pada akhir bulan Julai.
Golden Bao dijadual menyertai Grand Market di Suntec Convention Centre dari 31 Julai hingga 2 Ogos, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pengunjung mencuba snek yang semakin mendapat perhatian itu.
Dengan kepelbagaian jenama yang menawarkan beef roti dari Xi’an ini, ia membuktikan bahawa makanan warisan budaya lain mampu menarik perhatian dan selera pelanggan Singapura dalam landskap makanan halal yang menantikan sesuatu yang baru.
Mon Chinese Beef Roti
Alamat: 1 HarbourFront Walk, #03 - 01, Singapura 098585Isnin hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam
