Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Alat tentukan risiko rabun jauh kanak-kanak dibangunkan

Sep 25, 2023 | 05:31 AM



Saintis di Institut Kajian Mata Singapura (Seri) sedang membangunkan alat pengimejan untuk membantu doktor mata mengetahui jika kanak-kanak mempunyai risiko rabun jauh yang tinggi.

Para penyelidik berharap alat yang dikenali sebagai biopenanda ini dapat membantu membaiki keputusan yang dilakukan oleh pakar mata atau oftalmologi untuk pesakit menerima rawatan rabun jauh tinggi melebihi 500 darjah atau -5 diopters.

Pusat Mata Kebangsaan Singapura (SNEC) dalam kenyataannya berkata usaha itu dilakukan untuk membantu kanak-kanak yang memiliki masalah penglihatan dan meningkatkan pengurusan miopia.

Matlamat jangka panjangnya adalah bagi mengurangkan kadar miopia atau rabun jauh tinggi dalam kalangan kanak-kanak tempatan.

SNEC berkata walaupun rabun mata diperbetulkan dengan memakai cermin mata, menggunakan kanta sentuh atau menerusi pembedahan.

Namun rabun jauh tinggi yang tidak dapat dipulihkan meningkatkan risiko komplikasi yang mengancam penglihatan pada masa depan

Kajian terkini melaporkan bahawa 10 hingga 30 peratus pesakit yang mempunyai rabun jauh tinggi turut mengalami komplikasi yang berkaitan di kemudian hari.

Ia termasuk makulopati miopik dan neuropati optik, yang mengakibatkan gangguan penglihatan yang tidak dapat dipulihkan.

Apabila rabun jauh berkembang, sklera di bahagian belakang bola mata menjadi nipis dan lemah, dan permukaannya membesar secara luas.

Sklera atau bahagian mata yang berwarna putih adalah tisu pekat, kaya dengan kolagen melapisi mata dan melindungi struktur dalaman.

Ini menyebabkan jarak penglihatan yang berlebihan, menyebabkan penglihatan menjadi lemah.

Oleh itu, memeriksa sklera di bahagian belakang mata boleh memberikan lebih banyak maklumat mengenai risiko seseorang terhadap rabun jauh yang tinggi.

Oleh itu para penyelidik membangunkan alat pengimejan biopenanda untuk mengkaji perubahan struktur kolagen sklera pesakit di belakang mata, tambah SNEC.

“Miopia tinggi adalah lazim di Singapura, dan dikaitkan dengan komplikasi penglihatan yang teruk, terutamanya dalam kalangan penduduk tua.

“Terdapat keperluan mendesak untuk menangani isu ini kerana walaupun majoriti pesakit miopik tinggi masih muda sekarang, ia akan menjadi masalah besar dan penyebab kebutaan pada masa depan.

“Biopenanda yang kami bangunkan bertujuan untuk membantu kami memahami, dengan ketepatan yang tinggi terhadap kanak-kanak yang akan mempunyai serta mengenal pasti jenis rawatan yang paling sesuai untuknya,” kata Profesor Leopold Schmetterer, Pengarah Saintifik dan Ketua Pengimejan Okular di Seri.

“Dalam jangka panjang, teknologi ini boleh membolehkan oftalmologi menentukan masa yang optimum untuk mengesan kanak-kanak dengan miopia menerima rawatan atau mengenal pasti individu yang berisiko mengembangkan patologi berkaitan miopia yang boleh menyebabkan gangguan penglihatan,” kata Profesor Madya Marcus Ang, Penasihat, Pusat Miopia, SNEC.

Untuk mendapatkan hasil jangka panjang, para penyelidik akan memulakan kajian dalam kalangan dua kohort kanak-kanak (enam hingga lapan tahun, dan 11 hingga 13 tahun) selama dua tahun, kata SNEC.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >