Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Teknologi rawat HIV bantu pesakit hidup normal

Dec 11, 2023 | 05:30 AM



Teknologi rawatan HIV – virus penyebab sakit Aids – ketika ini telah menyaksikan kemajuan dalam usaha membantu penghidap HIV atau PLHIV (orang yang hidup dengan HIV) menjadi lebih sihat.

“Sebelum ini, kita masih gunakan ubat makan setiap hari untuk kurangkan beban virus dalam badan sehingga tahap tidak boleh dikesan.

“Tetapi kemajuan dalam rawatan HIV sudah ada dalam bentuk suntikan setiap dua bulan,’‘ ujar lelaki yang dijangkiti HIV, yang mahu dikenali sebagai Sam kepada Berita Harian.


Sam, berusia lebih 40 tahun, telah mengubah pandangannya terhadap rawatan HIV setelah memilih untuk menerima suntikan setiap dua bulan.

“Pada mulanya, saya rasa terbeban dengan perlu mengambil ubat setiap hari. Setiap kali saya telan pil itu, saya teringatkan penyakit saya. Tambahan pula, gaya hidup saya yang suka melancong membuatkan saya bimbang akan lupa mengambil ubat, terutamanya apabila melintasi zon masa yang berbeza,” jelas Sam.

Dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal, ViiV Healthcare dan diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat, suntikan itu yang mengandungi bahan aktif iaitu cabotegravir, menawarkan dua bulan perlindungan terhadap HIV.


Seperti rawatan HIV yang lain, ubat antiretroviral (ARV) itu berfungsi dengan menghentikan virus daripada mereplika dalam badan, sekali gus berkesan mengurangkan beban virus.

Walaupun ubat makan sedia ada yang dikenali sebagai profilaksis pra-pendedahan oral (PrEP) boleh mencegah HIV dalam 99 peratus kes, pengambilan adalah perlahan dan sasaran mengurangkan jangkitan baru tidak begitu berkesan.

Menurut Sam lagi, stigma terhadap HIV dan pengambilan ubat harian menjadi halangan psikologi yang besar.

“Ada perasaan malu dan takut apabila kena ambil ubat setiap hari. Ia seolah-olah menjadi pengingat kekal akan HIV yang saya hadapi,” tambahnya.

Keadaan berubah apabila Sam diperkenalkan dengan pilihan rawatan suntikan ini.

“Saya terus tertarik dengan pilihan itu dan memilih untuk beralih ke rawatan suntikan. Ia lebih mudah dan tidak mengganggu rutin saya.

“Rawatan suntikan ini memberi alternatif kepada saya yang berasa terbeban dengan pengambilan ubat harian.
“Ia bukan sahaja mengurangkan risiko lupa mengambil ubat, malah membantu mengurangkan stigma yang dikaitkan dengan HIV,” kata Sam.

Kini, Sam berasa lebih bebas dan tidak terikat dengan jadual pengambilan ubat harian.

“Saya rasa lebih ringan. Suntikan setiap dua bulan ini membolehkan saya menjalani hidup dengan lebih normal, tanpa perlu risau tentang ubat setiap hari,” kata Sam.

Walaupun disahkan positif HIV, namun pasangannya didapati negatif terhadap virus tersebut.

“Sekiranya beban virus HIV boleh dikurangkan sehingga tahap tidak boleh dikesan dan tidak lagi mampu merebak, saya juga boleh membina keluarga,’‘ ujar Sam.

“Saya difahamkan, kita ada konsep ‘U=U’ iaitu daripada tidak dikesan (undetectable) kepada tidak merebak (untransmittable). Apabila seseorang mengambil ubat HIV dengan betul tanpa cuai, ia dapat turunkan beban virus dalam badan mereka.

“Akhirnya virus itu tidak boleh dikesan dan dapat bantu mereka hidup seperti biasa sehingga tidak lagi merebak kepada individu lain, pasangan dan sebagainya,” tambah Sam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >