Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1 rakyat M’sia maut, 5 rakyat S’pura cedera selepas bas ekspres dalam nahas di Selangor

Oct 12, 2025 | 11:52 PM
Seramai 29 orang berada di dalam bas yang dalam perjalanan dari Boon Lay ke Ipoh, Perak.
Seramai 29 orang berada di dalam bas yang dalam perjalanan dari Boon Lay ke Ipoh, Perak. - Foto BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BANGI

SELANGOR: Seorang lelaki warga Malaysia maut selepas pemandu sebuah bas ekspres di Selangor, Malaysia, hilang kawalan dan merempuh tiang tanda pada awal pagi 11 Oktober.

Penumpang lain dalam bas Super Nice itu, termasuk lima rakyat Singapura, dilaporkan cedera.

Difahamkan, empat daripada mereka tidak mengalami kecederaan serius dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama manakala seorang lagi dipindahkan ke hospital di Singapura bagi rawatan lanjut.

Seramai 29 orang berada di dalam bas yang dalam perjalanan dari Boon Lay ke Ipoh, Perak.

Ketua Polis Kajang, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Naazron Abdul Yusof, berkata pada 11 Oktober bahawa bas itu berada di kilometer 293 Lebuhraya Utara-Selatan ketika kemalangan berlaku sekitar 3.15 pagi, lapor agensi berita Bernama.

“Bilangan keseluruhan... termasuk pemandu, adalah seramai 29 orang – yang terdiri daripada 24 rakyat Malaysia dan lima rakyat Singapura,” kata ACP Naazron.

Penumpang yang maut ialah seorang lelaki warga Malaysia berusia 59 tahun yang bekerja dalam sektor binaan di Singapura. 

Beliau dilaporkan duduk di bahagian depan bas dan meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pada 11 Oktober bahawa penumpang yang maut itu ditemui terperangkap di tempat kejadian, lapor portal berita Free Malaysia Today.

Tiga penumpang lain berjaya keluar dari bas sebelum pasukan bomba dan penyelamat tiba di tempat kejadian, kata Encik Ahmad.

ACP Naazron berkata kes ini sedang disiasat bagi kesalahan memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Jika sabit kesalahan, pemandu bas itu boleh dikenakan hukuman penjara lima hingga 10 tahun, denda tidak melebihi RM50,000 ($15,360), serta larangan memiliki lesen memandu selama sekurang-kurangnya lima tahun.

Melalui Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur, Kementerian Ehwal Luar Singapura berkata, pihaknya telah memberikan bantuan konsular kepada rakyat Singapura yang terjejas serta keluarga mereka. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg