Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 individu beri kenyataan berhubung tragedi pesawat di Selangor

Aug 27, 2023 | 1:12 PM
BERI KETERANGAN: Seramai 10 orang dipanggil beri kenyataan menyusuli tragedi pesawat Elmina yang mengorbankan 10 nyawa.
BERI KETERANGAN: Seramai 10 orang dipanggil beri kenyataan menyusuli tragedi pesawat Elmina yang mengorbankan 10 nyawa. - Foto EPA-EFE

SHAH ALAM: Polis telah memanggil lebih 10 individu untuk memberi kenyataan bagi membantu dengan siasatan nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina pada 17 Ogos.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata individu ini termasuk mereka yang mempunyai rakaman video kejadian itu, serta wakil daripada syarikat penerbangan itu dan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Kami kini menunggu perkembangan siasatan daripada Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB),” katanya kepada media ketika ditemui di program Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor Merdeka Ride dan Karnival di Tapak Karnival, Stadium Shah Alam, pada Sabtu.

Seramai 10 individu maut dalam nahas pesawat itu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Turut terkorban ialah dua juruterbang, Encik Shahrul Kamal Roslan, 41 tahun, dan Encik Heikal Aras Abdul Azim, 35 tahun.

Enam penumpang lain yang terlibat dalam nahas itu ialah bekas pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Encik Kharil Azwan Jamaludin; Encik Shaharul Amir Omar; Encik Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Encik Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Encik Idris Abdol Talib @ Ramali.

Kejadian turut mengorbankan seorang pemandu, Encik Sharipuddin Shaari, 53 tahun, dan penunggang motosikal, Encik Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32 tahun.

Dalam perkembangan berasingan, Datuk Hussein berkata polis juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan salah laku seorang pegawai polis di ibu pejabat polis Sepang yang tular di media sosial pada Jumaat.

Individu itu mendakwa diugut pegawai polis berpangkat Sarjan selepas membuat aduan kepada jabatan agama Islam dan polis berhubung kes khalwat membabitkan pegawai berkenaan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg