Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 mercu tanda M’sia ketika pentadbiran Mahathir

Jul 10, 2025 | 1:14 PM
M’sia, Dr Mahathir, mantan PM M’sia, Proton Saga
Model kereta pertama keluaran Malaysia pada 1995, Proton Saga, kini menyambut ulang tahun ke-40 dan dirasmikan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 9 Julai 1985. - Foto fail


1982-1985: Pembinaan dan pembukaan Jambatan Pulau Pinang, jambatan kedua terpanjang di Malaysia. Menghubungkan Pulau Pinang di Lebuh Raya Gelugor, Bayan Lepas dengan tanah besar di Seberang Perai.

1983-1985: Proton, syarikat pengeluar kereta jenama Malaysia ditubuhkan untuk menjadikan Malaysia negara pengeluar kereta. Proton Saga merupakan model pertama keluaran syarikat automotif itu. Antara model popular lain ialah Proton Persona, Waja, Gen2, X50, X70 dan S70.

1994: Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) mula dibina pada 1981 dengan kos sekitar RM6 bilion ($1.8 bilion); dirasmikan Dr Mahathir pada 8 September 1994 selepas siap sepenuhnya, menghubungkan Johor Bahru di sempadan Singapura dan Bukit Kayu Hitam, Kedah, dengan jarak lebih 805 kilometer.

1995: Pembangunan Putrajaya sebagai Bandar Pentadbiran Kerajaan, menggantikan Kuala Lumpur yang padat. 

Putrajaya turut menjadi bandar tarikan pelancong domestik dan antarabangsa.
Putrajaya turut menjadi bandar tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. - Foto fail BERNAMA

1996: Pembukaan Menara Kuala Lumpur selepas mula dibina pada 1991 sebagai menara komunikasi. Dengan ketinggian 421 meter, ia pernah dinobatkan menara tunggal ketujuh tertinggi di dunia pada 1996. 

Menara Kuala Lumpur setinggi 421 meter antara mercu tanda pencakar langit pertama di Malaysia yang dibina semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.
Menara Kuala Lumpur setinggi 421 meter antara mercu tanda pencakar langit pertama di Malaysia yang dibina semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat. - Foto fail BERNAMA

1996: Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Kuala Lumpur, sistem pengangkutan awam kereta api berkuasa elektrik mula beroperasi, bertujuan memodenkan pengangkutan bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas. 

1996: Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia; menjadi ikon negara dan simbol pemodenan serta kejayaan ekonomi Malaysia di mata dunia.

Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC pernah dinobatkan bangunan tertinggi di dunia sehingga 2004 sebelum diatasi Taipei 101 dan Burj Khalifa.
Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC pernah dinobatkan bangunan tertinggi di dunia sehingga 2004 sebelum diatasi Taipei 101 dan Burj Khalifa. - Foto fail BERNAMA

1996: Pembangunan Cyberjaya sebagai bandar teknologi pintar dan sebahagian inisiatif Wawasan 2020; menjadi hab digital dan menarik pelaburan syarikat IT serta inovasi digital.

1998: Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menggantikan Lapangan Terbang Subang di Selangor dan menjadi gerbang utama kemasukan pelancong antarabangsa dan memperkukuh sektor ekonomi.

1999: Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di Selangor dibuka untuk menjadikan Malaysia antara hab sukan permotoran antarabangsa, menyaksikan Malaysia diangkat sebagai tuan rumah untuk perlumbaan Formula 1 (F1) dan MotoGP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg