Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

18 jam pandu kereta dari Terengganu ke KL, kunci rumah tertinggal?

Apr 17, 2024 | 7:25 PM
Encik Khairul Zuhdi Khairuddin berpura-pura kelihatan pasrah apabila “mendapat tahu” kuncinya tertinggal di kampung selepas memandu 18 jam dari Terengganu ke Kuala Lumpur.
Encik Khairul Zuhdi Khairuddin berpura-pura kelihatan pasrah apabila “mendapat tahu” kuncinya tertinggal di kampung selepas memandu 18 jam dari Terengganu ke Kuala Lumpur. - Foto TikTok/ceokuterer

KUALA TERENGGANU: Bosan, pasrah, redha.

Maklumlah sudah bersungguh-sungguh merentas negeri selama 18 jam dari Terengganu ke Kuala Lumpur (KL), tiba-tiba perasan kunci rumah tertinggal di kampung.

Demikian “keluhan” yang ditunjukkan seorang lelaki dalam satu video di TikTok dengan nama pengguna ceokuterer hingga mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan.

Video tersebut, sekadar 17 saat menunjukkan lelaki berkenaan setakat meminum air di pondok, dengan wajahnya kelihatan pasrah dan tidak berupaya mengubah keadaan atas sebab hakikat yang “dialaminya itu”.

Namun jangan terpedaya.

Menurut pengguna tersebut, Encik Khairul Zuhdi Khairuddin, 48 tahun, dari Terengganu, apabila dihubungi Berita Harian (BH), video tersebut sekadar bahan lawak sahaja.

Sebenarnya, Encik Khairul telah beberapa kali memuat naik video berunsur berpura-pura ketinggalan sesuatu demi menggelikan hati penonton.

“Saya sahaja nak buat orang gelak sebenarnya. Video-video ini sekadar konsep,” katanya kepada wartawan.

Selain video keluhan kunci yang tertinggal di kampung itu, beliau juga memuat naik video dirinya sedih kerana “jasadnya di Terengganu, tetapi baru teringat bini tertinggal di KL”.

Kebetulan juga, Encik Khairul langsung tidak berada di KL, katanya dengan berseloroh.

Beliau masih menetap di Terengganu.

Susulan video tersebut, ramai pengguna turut berseloroh di ruang komen dan menyatakan mereka terhibur dengan kandungan itu.

“Dah tak jem (sesak jalan) bang boleh patah balik ambil (kunci),” kata seorang pengguna bernama ami diLL.

Encik Khairul pula sempat berseloroh:

“Abang dah naik atas rumah flat 40 tingkat. Turun bawah pakai tangga lif rosak. Kunci pula tertinggal kat atas... hahaha.”

View post on TikTok
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg