18 kenderaan musnah kebakaran belukar di Johor Bahru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

18 kenderaan musnah kebakaran belukar di Johor Bahru

Jan 28, 2026 | 2:20 PM

18 kenderaan musnah kebakaran belukar di Johor Bahru

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kenderaan musnah, kebakaran belukar, Johor Bahru
Kebakaran belukar kira-kira 0.372 hektar merebak, menyebabkan 18 kenderaan yang berada berhampiran turut terbakar. - Foto JBPM JOHOR

JOHOR BAHRU: Sebanyak 18 kenderaan musnah dalam kebakaran belukar berhampiran Masjid Al Mahabah, Taman Bukit Mewah, di sini pada 27 Januari.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor memaklumkan mereka menerima panggilan kecemasan pada 1.32 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan pusat operasi itu pada 28 Januari, jentera bomba tiba di lokasi pada 1.45 petang dan mendapati kebakaran belukar seluas kira-kira 0.372 hektar telah merebak, sekali gus menyebabkan 18 kenderaan yang berada berhampiran turut terbakar.

Antara kenderaan yang terbakar dan mengalami kemusnahan sehingga 80 peratus termasuk Hyundai Atoz, Perodua Kancil, Naza Ria, Proton Perdana, Proton Savvy, Perodua Kelisa, sebuah van serta Proton Saga FLX, selain lima lagi kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti.

Sementara itu, beberapa kenderaan lain seperti Proton Saga, BMW E60, Proton Inspira dan Perodua Kelisa turut mengalami kerosakan.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 2.37 petang dan operasi pemadaman ditamatkan 5.20 petang, lapor Berita Harian Malaysia.

Operasi pemadaman kebakaran telah dilaksanakan oleh sembilan anggota bomba, menggunakan dua unit alat pemadam api, satu aliran salur bantu mula air, serta tiga aliran hos sepanjang 400 kaki. Sumber air diperolehi daripada pam jentera bomba dan pili bomba yang berdekatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg