Kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi, ‘asap belum masuk ruang udara S’pura’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi, ‘asap belum masuk ruang udara S’pura’

Operasi pemadaman 24 jam di Bayu Damai dijalankan, guna pelbagai kaedah
Jan 28, 2026 | 1:28 PM

Kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi, ‘asap belum masuk ruang udara S’pura’

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kebakaran, tanah gambut, Bayu Damai, Kota Tinggi, Johor, ruang udara Singapura
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor menggunakan teknik ‘total flooding’ bagi memastikan bara api bawah tanah di Bayu Damai, Kota Tinggi, dapat dipadam sepenuhnya. - Foto JBPM JOHOR

Asap daripada kebakaran tanah gambut yang berlaku di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang, Johor, sejak 23 Januari masih tidak memasuki ruang udara Singapura.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Muhammad Al Mustakim Abdul Hady, berkata perkara itu dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri pada 27 Januari.

“Saya difahamkan asap itu tidak masuk lagi, tetapi kita khuatir juga bila asap itu sampai sana nanti. Jadi kita cubalah (untuk mencegahnya), saya difahamkan macam itu. Jabatan Alam Sekitar akan pantau,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Bomba (PKB) Operasi Pemadaman Kebakaran Tanah Gambut di sini, pada 28 Januari.

Setakat 12 tengah hari, seramai 153 penduduk Taman Bayu Damai yang terdiri daripada 50 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang diaktifkan sejak kebakaran yang berlaku bermula pada 23 Januari, lapor Harian Metro.

Pada 27 Januari, Berita Harian (BH) melaporkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang memantau keadaan jerebu secara rapi selepas bau pembakaran dikesan di beberapa kawasan di Singapura.

Dalam satu hantaran Facebook, NEA memaklumkan titik panas terus dikesan di Malaysia iaitu utara Singapura, berpunca daripada kebakaran hutan.

Agensi itu sebelum ini turut mengesahkan pihaknya mengesan satu titik panas serta kepulan asap di Johor yang berhampiran Singapura.

Sementara itu, Ketua Zon Dua JBPM Johor, Penguasa Bomba Rasidi Md Yunus, berkata operasi pemadaman api telah dijalankan selama 24 jam tanpa henti sejak 23 Januari, menggunakan pelbagai kaedah.

“Jika mengalami tanda-tanda tidak sihat akibat asap, segera dapatkan rawatan. Kesihatan perlu diutamakan terutama dalam keadaan cuaca panas dan kering.

“Setakat 27 Januari, kira-kira 50 peratus kawasan terbakar telah berjaya dikawal, dengan keadaan semakin stabil selepas penambahan aset, logistik dan tenaga kerja di lapangan,” katanya ketika dihubungi BH.

Secara keseluruhan, api memusnahkan kawasan seluas kira-kira 246 ekar. Pemantauan udara menggunakan dron membantu mengenal pasti titik panas baru serta pergerakan asap di kawasan terjejas.

“Perancangan hari ini (28 Januari) melibatkan operasi water bombing menggunakan helikopter, selain operasi memadam terus di darat. Api kini berjaya dikekang dan tidak merebak ke kawasan baru,” katanya.

Beliau berkata selain water bombing, operasi turut melibatkan pembinaan benteng kawalan api (fire break), serangan terus menggunakan jentera bomba, kaedah total flooding, serta pemasangan sistem sprinkler GS Mark III bagi memastikan bara api bawah tanah dapat dipadam sepenuhnya.

“Kita gunakan semua kaedah kerana kebakaran gambut tidak boleh dipadam dengan buih. Kaedah terbaik adalah menenggelamkan kawasan yang terbakar itu,” katanya.

Menurut beliau, sumber air diambil daripada takungan air terbuka termasuk tasik berhampiran, manakala kekuatan anggota di darat melibatkan kira-kira 60 anggota bomba dengan tenaga tambahan digerakkan mengikut keperluan operasi harian.

“Kita menjangkakan kawalan akan bertambah baik hari ini kerana aset dan anggota ditambah. Operasi kini berada dalam keadaan terkawal,” katanya.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau pemindahan penduduk direkodkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg