Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bomba usaha cari lelaki dipercayai terjatuh di jambatan Linkedua

Dec 29, 2025 | 5:33 PM
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Johor, menjalankan operasi mencari lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Linkedua Malaysia-Singapura berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Johor, menjalankan operasi mencari lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Linkedua Malaysia-Singapura berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ). - Foto JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki berusia 32 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Linkedua Malaysia-Singapura berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

Lelaki itu dilaporkan terjatuh dari Kilometer (KM) 1.3 Linkedua menghala ke Singapura, pada 28 Disember.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Encik Hairulnizam Mohd Noh, berkata kejadian itu dilaporkan pada 8.35 malam.

“Sebaik menerima maklumat, satu jentera bersama tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri dan BBP Skudai digerakkan ke tempat kejadian, sejauh kira-kira 13 kilometer.

“Kami sedang menjalankan pencarian permukaan di mana tempat lelaki itu dilaporkan terjatuh di jambatan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada 29 Disember, lapor The Star.

Encik Hairulnizam berkata operasi masih diteruskan setakat petang 29 Disember.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Penolong Pesuruhjaya M Kumarasan, pula mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 28 Disember mengenai kejadian tersebut.

Encik Kumarasan turut mengingatkan mana-mana individu terutama yang menghadapi tekanan psikologi dan emosi agar menghubungi talian, ‘Befrienders’, iaitu talian aduan yang disediakan untuk membantu kes sedemikian.

Pada 10 Julai 2024, media Malaysia pernah melaporkan penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari jambatan Linkedua menghala ke Singapura.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, berkata mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemukan oleh sekumpulan nelayan yang membantu operasi mencari dan menyelamat pada 2.30 petang, selepas kira-kira tujuh jam kejadian.

Ketika itu mayat ditemukan pada jarak 400 meter dari tapak kejadian iaitu di kedudukan menghala ke Forest City, Johor Bahru, dengan mayat dipercayai dibawa arus dan tersangkut di paya bakau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg