Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2.2j kenderaan dijangka guna lebuh raya sempena Hari Kemerdekaan M’sia

Aug 29, 2025 | 4:00 PM
plus, lebuh raya utara selatan, hari kemerdekaan malaysia
Plus Malaysia Berhad menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal agar ia lancar dan selesa sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. - Foto PLUS

KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (Plus) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari di rangkaian lebuh rayanya antara 30 Ogos dengan 1 September sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68.

Sehubungan itu, Plus dalam satu kenyataan menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal agar ia lancar dan selesa.

Pengendali lebuh raya itu, mengingatkan MyPLUS-TTA dalam aplikasi Plus sudah ditambah baik bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan bagi hari-hari sibuk di luar musim perayaan di Lebuhraya Plus dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).

Plus memaklumkan aplikasi itu kini memperkenalkan simpanan laluan kegemaran di bawah fungsi ‘Laluan Kegemaran’ untuk akses lebih pantas.

Ia turut menampilkan paparan ‘Amaran Masa Nyata’ terus pada halaman hasil carian, sekali gus memberikan maklumat segera mengenai keadaan trafik.

“Selain itu, fungsi carian turut dipertingkatkan dengan pilihan ‘menu ke bawah’ menggantikan kaedah menatal sebelum ini bagi memudahkan pemilihan laluan lebih cepat dan mesra pengguna,” ujar Plus, lapor Berita Harian Malaysia.

Menurut Plus, tidak seperti musim perayaan sebelum ini iaitu tarikh perjalanan ditetapkan lebih awal, Plus akan terus memantau aliran trafik harian dan mengemas kini nasihat tempoh sibuk secara berterusan.

Ini bagi memastikan pengguna menerima panduan perjalanan paling relevan secara masa nyata.

Sementara itu, bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena Bulan Kemerdekaan, Plus memaklumkan pihaknya antara lain menghias lebih 21 Kawasan Rehat dan Rawat dan hentian sebelah mengikut tema sambutan, ‘Malaysia Madani: Rakyat Disantuni’,

Plus turut memaparkan mesej sambutan dalam bentuk digital di Lebuhraya Plus sehingga 16 September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg