Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 anggota polis antara 4 hilang dalam kes bot karam di Sarawak

Mar 8, 2024 | 11:10 AM
Pasukan mencari dan menyelamat jalankan kerja pencarian mangsa di Sungai Batang Baleh, Sarawak.
Pasukan mencari dan menyelamat jalankan kerja pencarian mangsa di Sungai Batang Baleh, Sarawak. - Foto BOMBA

KAPIT (Sarawak): Dua anggota polis merupakan antara empat mangsa yang masih hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Batang Baleh pada 7 Mac.

Ketua Polis Daerah Kapit, Timbalan Superintenden Rohana Nanu, berkata ketika kejadian, kedua-dua anggota polis itu dalam perjalanan dari Kuching ke Ng Tulie, Kapit, dengan mengiringi bahan letupan seberat 35 kilogram dan peledak.

Beliau berkata dua anggota polis yang masih hilang itu ialah Sarjan Jonathan Lambet dari cawangan Kebajikan, dan Konstabel Iskandar Ibrahim dari cawangan Persenjataan di IPD Kapit.

Superintenden Rohana berkata dalam kejadian sekitar 5 petang itu, dua anggota polis bersama tiga lagi penumpang menaiki bot dari jeti SK Lepong Baleh ke Ng Tulie untuk menghantar bahan letupan berkenaan.

“Semasa sampai di tempat kejadian, bot tersebut membelok ke kiri sedikit menuju ke hulu sungai dan telah menempuh air yang berpusar, menyebabkan bot dinaiki terbalik dan karam ke dalam sungai.

“Seorang mangsa sempat diselamatkan oleh orang awam, manakala empat lagi belum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan pada 7 Mac, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata setakat ini keempat-empat mangsa belum ditemukan dan pencarian disambung.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Encik Andy Alie, berkata mangsa yang berjaya diselamatkan orang awam dikenali sebagai Encik Moses Ngui, 47 tahun, manakala dua orang awam yang hilang dikenal pasti sebagai Encik Amerson John Nain dan Encik Jack Balan.

Beliau berkata panggilan mengenai kejadian itu diterima pada 5.25 petang dan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Kapit telah tiba di lokasi yang terletak sejauh 13 kilometer itu pada 5.45 petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg