Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Dua cedera tercampak dari ‘sotong ride’ di pesta ria Sabah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dua cedera tercampak dari ‘sotong ride’ di pesta ria Sabah

Mar 07, 2024 | 11:00 AM



KOTA KINABALU: Dua pengunjung cedera selepas tercampak dari sebuah permainan di sebuah tapak pesta ria (fun-fair) berhampiran Kompleks Sukan Likas di Kota Kinabalu, Sabah, pada 6 Mac.


Mangsa lelaki dan wanita dewasa itu terjatuh dari permainan yang dipanggil ‘sotong ride’ itu semasa ia sedang bergerak.

Beberapa video dan gambar kejadian itu tular di laman sosial.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I Ordine Gilu, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.58 malam.

Sepasukan anggota, termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dikerah ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberi rawatan awal oleh anggota EMRS sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan lanjut,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Sementara itu, dalam satu kes berasingan di Pulau Pinang, seorang konstabel polis menerima tujuh jahitan di tangan kiri akibat tertusuk kayu ketika bergelut dengan penagih dadah yang cuba melarikan diri di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, pada 6 Mac.

Kejadian itu membabitkan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya semasa Ops Tapis yang dijalankan serentak di seluruh Malaysia.


Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata sepasukan polis BSJN, termasuk anggota berkenaan, menyerbu sebuah lokasi di belakang sebuah kedai di kawasan berkenaan kira-kira 4 petang.

“Suspek melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis dan anggota terbabit mengejar lelaki berkenaan sebelum berlaku pergelutan.

“Pergelutan menyebabkan anggota berkenaan cedera di tapak tangan kiri dan menerima tujuh jahitan,” katanya, lapor BHM.


Datuk Muhamed Usuf berkata anggota berusia 28 tahun itu dilaporkan stabil dan diberi cuti sakit tiga hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >