Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 lelaki menyamar penghantar makanan lepaskan tembakan di kedai kopi Sibu, Sarawak

Jan 2, 2024 | 6:09 PM
TEMBAKAN RAMBANG: Seorang lelaki berpakaian jaket dan topi keledar kelihatan membawa sejenis senjata api di sebuah premis makan di Sibu pada 1 Januari.
TEMBAKAN RAMBANG: Seorang lelaki berpakaian jaket dan topi keledar kelihatan membawa sejenis senjata api di sebuah premis makan di Sibu pada 1 Januari. - Foto FACEBOOK/SIBU TERKINI

KUCHING: Tiga orang cedera selepas dua lelaki yang menyamar sebagai penghantar makanan melepaskan tembakan rambang di sebuah kedai kopi di Lorong 3, Jalan Wong King Hou, di Sibu, petang 1 Januari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Penolong Pesuruhjaya Zulkipli Suhaili, berkata pihaknya menerima makluman daripada orang awam pada jam 5.41 petang, lapor Berita Harian (BH) Malaysia.

Berdasarkan maklumat saksi di tempat kejadian, dua penyerang masing-masing menaiki motosikal melakukan perbuatan itu.

“Tiga mangsa yang cedera terkena tembakan yang dilepaskan dua lelaki itu adalah lelaki berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun.

“Keadaan mereka stabil dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Sibu,” katanya.

Dalam satu laporan susulan, tiga mangsa kes tembakan itu serta dua lagi rakan mereka yang selamat dikenal pasti mempunyai rekod jenayah lampau, kata Penolong Pesuruhjaya Zulkipli.

Satu pasukan khas dibentuk bagi mengenal pasti motif kejadian tembakan berkenaan.

Menurutnya, identiti kedua-dua penyerang masih belum dikenal pasti dan gerakan mengesan mereka kini diperhebatkan.

Dalam beberapa video rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial, kelihatan seorang lelaki berpakaian jaket, seluar panjang dan topi keledar mengangkat satu beg beli-belah memasuki sebuah kawasan yang difahamkan adalah premis tempat makan.

Lelaki tersebut kemudian dipercayai melepaskan beberapa tembakan selepas memasuki kawasan itu sementara seorang lagi lelaki, berpakaian sama dengan lelaki pertama, melepaskan tembakan serentak dari luar premis itu dekat jalan raya sebelum melarikan diri. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg