Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

2 maut, 3 masih tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

2 maut, 3 masih tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

Anggota penyelamat usaha cari 3 lagi mangsa di bawah runtuhan
Jan 26, 2024 | 04:35 PM



CAMERON HIGHLANDS: Dua maut, manakala tiga lagi dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kira-kira 2.10 pagi, 26 Januari, di Kampung Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang.


Mayat pertama ditemui pada 3 pagi, manakala mayat kedua ditemui pada 12.05 tengah hari, 26 Januari. Anggota penyelamat masih giat menjalankan usaha mencari tiga yang masih tertimbus.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Timbalan Superintenden (DS) Azri Ramli, berkata mayat lelaki kedua berkenaan dijumpai tertimbus pada kedalaman kira-kira dua meter dan kira-kira 10 meter daripada tapak asal rumah kongsi bagi pekerja di kawasan kebun sayur di situ.

Semua mangsa kejadian tanah runtuh itu disahkan warga Myanmar. Mayat pertama yang ditemui dikenali sebagai Haphey, 36 tahun, manakala mangsa lain dikenali sebagai Shing Lan Har, 56 tahun; Shing Aung, 39 tahun; Om Myue, 38 tahun; dan Thang Moung, 25 tahun.

DS Azri berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi cabaran mencari mangsa kerana kawasan itu turut mengalami beberapa lagi runtuhan tanah di sepanjang jalan kecil yang menghubungkan Pusat Kawalan Bomba (PKB) dengan lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan mendapati jalan untuk ke tempat kejadian telah terputus hubungan dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda (4X4) untuk ke sana.

“Tetapi (sekarang) menaiki kenderaan 4x4 pun tak boleh lalu sebab ada beberapa kejadian tanah runtuh yang berlaku sepanjang perjalanan untuk ke tempat kejadian,” katanya, menurut laporan Berita Harian Malaysia 26 Januari.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa, berkata pihaknya telah menggerakkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) dan unit anjing pengesan (K9) ke lokasi kejadian.

Turut digerakkan ialah bantuan pasukan khas dari Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Semua mangsa dipercayai mendiami sebuah rumah yang telah dihempap tanah runtuh itu, dengan seorang daripadanya dikatakan wanita,” katanya.

Datuk Wan Mohammad Zaidi berkata sebelum kejadian, pihaknya turut menerima laporan kes tanah runtuh di Ulu Sungai Palas, Cameron Highlands pada 9.33 malam 26 Januari, namun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kemusnahan harta benda.

Sementara itu pertubuhan bukan kerajaan, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera memulihkan cerun berisiko serta memastikan tindakan pencegahan bersesuaian untuk mengelak kejadian tanah runtuh berulang.

Presidennya, Cik Meenakshi Raman, berkata pemerhatian pihaknya ketika berkunjung ke Cameron Highlands awal Januari amat mengejutkan apabila terlalu banyak pembangunan dengan pembersihan bukit dilihat bagi tujuan pertanian dan pembinaan besar-besaran termasuk di kawasan Blue Valley.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >