Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lebih 16,200 mangsa banjir M’sia berteduh di 71 pusat pemindahan sementara

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Lebih 16,200 mangsa banjir M’sia berteduh di 71 pusat pemindahan sementara

Dec 30, 2023 | 02:38 PM



KUALA LUMPUR: Bilangan mangsa banjir di empat negeri Malaysia tidak banyak berubah pada pagi 30 Disember dengan 16,205 orang masih berlindung di 71 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 16,919 mangsa pada tengah malam 29 Disember.


Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 15,190 orang yang ditempatkan di 42 PPS di empat daerah.


Menurut laporan itu, sejumlah 26 PPS dibuka di Pasir Mas bagi menempatkan 11,093 mangsa yang membabitkan 3,620 keluarga; empat PPS di Kuala Krai (90 mangsa daripada 21 keluarga); 10 PPS di Tumpat (3,311 mangsa daripada 1,174 keluarga); dan 696 mangsa daripada 190 keluarga berlindung di dua PPS di Jeli setakat 6 pagi 30 Disember.

Di Terengganu, jumlah mangsa mencatat penurunan kepada 732 orang yang berlindung di 20 PPS pagi pada 30 Disember berbanding 862 orang pada tengah malam sehari sebelum di tiga daerah yang terjejas iaitu Dungun, Kuala Terengganu dan Marang.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula pada pagi 30 Disember kekal sejak tengah malam hari sebelumnya – membabitkan 55 mangsa daripada 15 keluarga yang masih ditempatkan di dua PPS di daerah Segamat.


Di Pahang, terdapat sedikit peningkatan jumlah mangsa di daerah iaitu Bera, Maran dan Temerloh kepada 138 mangsa daripada 39 keluarga yang ditempatkan di enam PPS pada pagi 30 Disember berbanding 120 mangsa sehari sebelumnya.

Berhubung perkembangan terkini tanah runtuh di Cameron Highlands, laporan itu memaklumkan jumlah mangsa dalam insiden itu kekal 87 orang daripada 17 keluarga yang masih berlindung di sebuah PPS yang dibuka di daerah itu.

Bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, lima sungai di Kelantan iaitu Sungai Golok Pasir Mas, Sungai Golok Tanah Merah, Sungai Kelantan Kota Bharu, Sungai Kelantan Jeli dan Sungai Kelantan Gua Musang berada pada paras bahaya.

Selain itu, Sungai Terengganu, Kuala Terengganu juga berada di paras bahaya setakat 6 pagi pada 30 Disember. 

Sementara itu, laporan berkenaan menyatakan terdapat 52 jalan ditutup akibat insiden banjir dan tanah runtuh.

Antara jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat di Johor, Jalan Jeli-Dabong (Kelantan), Jalan Bukit Besi-Dungun (Terengganu) dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >