Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

3 AP Bersatu tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

3 AP Bersatu tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat

Nov 15, 2023 | 01:38 PM



KUALA LUMPUR: Tiga daripada empat Ahli Parlimen (AP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah bertukar tempat duduk di dalam Dewan Rakyat mulai Selasa.


Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) dalam ciapan melalui X pada Selasa memaklumkan bahawa tiga AP berkenaan – Encik Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Encik Zahari Kechik (Jeli); dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), masih berada dalam tempat blok pembangkang tetapi duduk berasingan daripada AP pembangkang lain.

“Ya, mereka masih pembangkang. Khabarnya #KualaKangsar (Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) masih ingin di tempat lama yang sama,” kata Datuk Ahmad, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Sebelum ini, Encik Zahari, Encik Mohd Azizi, Datuk Iskandar Dzulkarnain dan Datuk Suhaili mengisytiharkan sokongan kepada Datuk Anwar atas alasan untuk kepentingan pengundi dan pembangunan di kawasan masing-masing, namun masih kekal bersama Bersatu.

Pada Khamis lalu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dilaporkan berkata empat AP itu memohon menukar tempat duduk masing-masing di dalam Dewan Rakyat.

Dengan perkembangan baru itu, tiga AP tersebut kini duduk di belakang kerusi AP Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga salah seorang ketua Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda). Untuk rekod, Muda sebelum ini menarik balik sokongan kepada kerajaan pada September.

Bersatu sebelum ini menggantung keanggotaan Datuk Suhaili dan Datuk Dzulkarnain.

Encik Mohd Azizi dan Encik Zahari Kechik pula kini dirujuk kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu.

Tindakan ke atas keempat-empat mereka dilakukan selepas menyatakan sokongan kepada Datuk Anwar sebagai perdana menteri.

Sementara itu, Datuk Seri Shahidam Kassim (PN-Arau) cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen, memetik Peraturan Mesyuarat 18 (1) mengenai perkara kepentingan awam yang mendesak.


“Saya rasa terganggu untuk berucap tadi apabila saya tengok ada tiga kerusi telah dipindahkan ke sana.


“Mereka ini tak melompat parti, dia menyatakan sokongan, kenapa dipindahkan kerusi? Kalau pindah kerusi mereka, berhenti teruslah. Nanti ada 10 orang datang masuk kerusi mereka,” katanya, lapor Malaysiakini.


Namun, Timbalan Speaker Alice Lau beralih daripada topik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >