Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

3 NGO M’sia sertai misi bantuan ke Gaza tiada rekod isu pengganasan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

3 NGO M’sia sertai misi bantuan ke Gaza tiada rekod isu pengganasan

Feb 22, 2024 | 02:04 PM



PUTRAJAYA: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang menyertai Ops Ihsan di Gaza, Palestin, disahkan tidak terbabit dalam isu pengganasan seperti disenaraikan Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Siasatan Federal (FBI) Amerika Syarikat. 


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang mengesahkan perkara itu berkata ia berdasarkan semakan polis terhadap ketiga-tiga NGO berkenaan.

Beliau berkata kerajaan sedia maklum mengenai pergerakan sekumpulan NGO yang mengadakan operasi kemanusiaan bagi membantu penduduk di Gaza.

Katanya, sebelum operasi itu bermula sudah tentu akan diadakan semakan terlebih dulu supaya tidak berlaku masalah ketika operasi berjalan.

“Seramai 359 individu menganggotai NGO ini membabitkan 53 kumpulan dan kesemua mereka dibuat semakan terlebih dulu oleh pihak keselamatan supaya tidak terbabit dengan aktiviti pengganasan,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelum ini media melaporkan tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari Malaysia yang aktif dalam menguruskan bantuan ke Asia Barat disenaraikan dalam TSC oleh FBI.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin, Encik Awang Sufian Awang Piut, adalah antara tiga pemimpin NGO yang disenarai sebagai pengganas oleh FBI Amerika Syarikat.

Dua lagi nama ialah pengasas Persatuan Cinta Syria Malaysia, Encik Ahmad Musa Al Nuwayri Kamaruzaman, dan Setiausaha Agung Dunia Melayu Dunia Islam, Encik Abu Bakar Abdul.

Susulan itu Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Sementara itu dalam isu berasingan, Datuk Saifuddin berkata polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama negeri bagi memantau kegiatan seorang lelaki yang dikenali pengikutnya sebagai ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’ yang mengaku berada dalam jalur keturunan ke-38 Nabi Muhammad saw.


Datuk Saifuddin mengesahkan individu berkenaan yang mendakwa dirinya warga Maghribi sering keluar masuk ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan berada di negara ini selama 90 hari.

Mengikut rekod, lelaki itu adalah warga Algeria dan menggunakan pasport perjalanan Perancis.

“Setakat ini terdapat dua perkara berbangkit iaitu sekiranya aktiviti yang dilakukan bersifat keagamaan dan elemen pelanggaran terhadap apa-apa juga undang-undang dan enakmen, tindakan adalah di bawah polis dan pihak agama negeri,” katanya.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan Mawla Amin dan pengikutnya termasuk madrasah itu yang beroperasi di Selangor.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataan pada 22 Februari pula mengingatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub dalam sesuatu perkara yang berbahaya kepada diri dan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >