Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

3 warga M’sia tiba di Madinah selepas 5 bulan kayuh basikal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

3 warga M’sia tiba di Madinah selepas 5 bulan kayuh basikal

Apr 22, 2024 | 08:33 PM



MADINAH: Tiga rakyat Malaysia, termasuk pasangan suami isteri, selamat tiba di Madinah, Arab Saudi selepas menempuhi perjalanan sejauh 12,000 kilometer dari Kepong, Malaysia, dalam misi menunaikan rukun Islam kelima iaitu ibadah Haji.


Perjalanan mereka bermula pada 23 November 2023 dan memakan masa selama 150 hari sebelum mereka tiba di Madinah pada 19 April.

Menurut laporan media Malaysia, ketiga-tiga mereka terdiri daripada Encik Ahmad Mohd Isa, 36 tahun; isterinya, Cik Noradilah Mohd Sapie, 37 tahun; dan Encik Abdul Halim Talha, 57 tahun.

Perjalanan mereka dirakam dalam akaun TikTok @ahmad.bin.isa, yang menjelaskan dalam satu hantaran pada 22 April bahawa jumlah keseluruhan yang dibelanjakan adalah RM55,000 ($15,690) seorang – ini termasuk kos perjalanan dan kos keseluruhan Haji.







Ketika dihubungi, Encik Ahmad berkata kayuhan kali ini lebih singkat berbanding kayuhan sama pada 2016 kerana matlamat utama ialah melakukan haji, selain separuh perjalanan pula terpaksa menggunakan kenderaan seperti kereta api, kapal terbang, feri dan kereta atas faktor yang tidak dapat dielakkan.

“Pada 2016, saya dan isteri ketika itu baru lepas berkahwin dan pengembaraan berbasikal lebih kepada berbulan madu dengan membabitkan 14 negara yang mengambil masa setahun tiga bulan untuk sampai ke Makkah sebelum menunaikan ibadat umrah.

“Tapi pengembaraan kali ini lebih tertumpu iaitu menunaikan haji, yang membabitkan laluan tujuh negara dengan lima bulan sahaja masa yang diambil untuk sampai di sini (Madinah),” ujarnya.

Mereka melalui Thailand sebelum mengambil penerbangan ke India dan menyambung kayuhan ke Pakistan dan Iran dan kemudian menaiki feri ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan terus berkayuh ke Arab Saudi.

Encik Ahmad menambah seorang lagi rakannya, Encik Che Saad Nordin, 74 tahun, yang berbasikal bersama pada peringkat awal, tidak dapat meneruskan kembara atas faktor kesihatan dan cuaca sejuk ketika tiba di Pakistan sekitar Januari.

Menurutnya, walaupun berpengalaman berbasikal menjelajahi Malaysia sebanyak 22 kali, faktor geografi pergunungan dan cuaca sejuk menjejaskan kesihatan Encik Che Saad.

“Ketika memasuki Pakistan, cuaca sejuk dengan suhu di bawah 10 darjah Celsius, menyebabkan kesihatan Pak Ad (Che Saad) merosot dengan batuk berpanjangan, hilang selera makan.

“Oleh itu ia menjadi halangan kepadanya untuk berkayuh (basikal) dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Selepas perbincangan bersama dan mendengar nasihat doktor supaya tidak meneruskan kayuhan basikal, Pak Ad bersetuju mengambil tiket penerbangan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, selepas tiba di tanah air dan mendapat rawatan susulan, kesihatannya kini bertambah baik,” katanya.

Dalam pada itu, untuk menampung kos perbelanjaan perjalanan dan kos Haji, Encik Ahmad menjelaskan mereka menghasilkan poskad berilhamkan setiap negara yang dijelajahi dan sehingga kini berjaya menjual sebanyak 1,558 keping dengan nilai lebih RM141,000.

Beliau menambah: “Ada beberapa pilihan yang ada dalam usaha kami untuk menunaikan Haji, antaranya melalui visa mujamalah dari Kedutaan Arab Saudi yang diberikan kepada agensi atau pengelola haji terpilih dari Malaysia.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >