Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

36 individu ditahan dalam Op Samseng Jalanan

Mar 26, 2025 | 10:11 AM
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata Op Samseng Jalanan yang dilakukan serentak seluruh Johor dilakukan selama dua minggu berturut-turut.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata Op Samseng Jalanan yang dilakukan serentak seluruh Johor dilakukan selama dua minggu berturut-turut. - Foto NSTP

JOHOR BAHRU: Seramai 36 individu termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilakukan serentak seluruh Johor dari 10 Mac hingga 24 Mac.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor itu dilakukan dua minggu berturut-turut, lapor Berita Harian Malaysia.

Katanya, hasil operasi tersebut, pihak polis menahan seramai 28 individu warga tempatan berusia antara 14 dengan 36 tahun, dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Dalam operasi itu, pihaknya turut menyita 291 motosikal mengikut Seksyen 64(1) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan.

“Selain itu, sebanyak 2,768 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan ketiadaan lesen memandu adalah paling tertinggi iaitu sebanyak 1,516 kes.

“Ia diikuti nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (643) dan kesalahan ekzos tidak mengikut spesifikasi (317).”

Datuk Kumar berkata operasi itu akan diteruskan bagi memberi kesedaran serta mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan jalan raya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg