Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

4 terkait ajaran sesat Millah Abraham, Imam Mahdi, didakwa di M’sia

Jul 12, 2024 | 3:57 PM
ajaran sesat
Pemuzik jalanan, Norasid Md Said, 50 tahun (tengah) dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 ($575) oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, atas kesalahan mengajar ajaran sesat Millah Abraham kepada isterinya. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Empat individu yang terkait dengan ajaran sesat, Millah Abraham dan Imam Mahdi di Malaysia telah didakwa di mahkamah.

Di Negeri Sembilan, seorang pemuzik jalanan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM2,000 ($575) oleh Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, selepas mengaku salah atas tuduhan mengajar ajaran berlawanan dengan hukum syarak berkaitan ajaran Millah Abraham kepada isterinya, pada 2023.

Hakim Ruzita Ramli turut memerintahkan tertuduh, Norasid Md Said, 50 tahun, dipenjara tambahan sebulan lagi sekiranya gagal membayar denda, lapor Berita Harian Malaysia.

Mengikut tuduhan, Norasid didapati mengajar ajaran salah yang berlawanan dengan hukum syarak kepada isterinya berusia 51 tahun, dengan menyatakan bahawa ‘selepas kewafatan Nabi Muhammad akan muncul rasul baru’.

Bagaimanapun, pada prosiding sama, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan kesalahan sama dengan menyatakan ‘solat itu syirik kerana kita melakukan perbuatan sujud seperti menyembah sesuatu objek’.

Ini selain berkaitan lafaz syahadah yang berlawanan dengan hukum syarak iaitu ‘aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan tuan semesta alam dan rasul Mesiah adalah pesuruh tuan sekalian alam’.

Bagi dua tuduhan itu, mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM2,000 bagi kededua tuduhan dan perlu melapor diri ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) setiap dua minggu, dan jika gagal bayar akan ditempatkan di penjara. Sebutan semula kes pada 7 Oktober 2024.

Dalam pada itu Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan (JPSNS) akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berkait hukuman yang dianggap jabatan itu sebagai terlalu ringan.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, mengesahkan seorang warga Pakistan yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, Muhammad Qasim Abdul Karim, dan dua pengikutnya sudah didakwa di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan mengajar tanpa tauliah.

Beliau berkata mereka didakwa pada awal Julai dan sebutan kedua kes pada 17 Oktober.

“Warga Pakistan dilepaskan dengan jaminan RM5,000 manakala dua lagi tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM3,000,” katanya.

Difahamkan warga Pakistan yang mencetuskan kontroversi kerana mendakwa banyak kali bermimpi berjumpa Nabi Muhammad saw dan pernah mendakwa dirinya Imam Mahadi, datang ke negara ini atas jemputan pengikutnya di Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg